Cermin kereta dipecah, MP Serdang kerugian RM2,000

Wartawan Sinar Harian SERDANG – Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching kerugian hampir RM2,000 apabila cermin kereta Honda Civic miliknya pecah sejurus berakhirnya jamuan makan malam di sebuah restoran di Jalan Wan Siew, Kajang, malam kelmarin. Menurutnya, kenderaan itu diletakkan tepi jalan berdepan restoran jam 8.30 malam. Menurutnya, sejam selepas itu sebaik menghampiri kereta untuk pulang ke rumah beliau terkejut melihat cermin kereta bahagian penumpang depan pecah. Nie Ching berkata, setelah diperiksa didapati alat sistem kedudukan global (GPS) yang baru dibeli dengan harga RM600, kamera dan beg berisi dokumen penting milik pembantunya hilang. “Begitupun, kad dan alatan ‘smart tag’ serta duit syiling tidak pula diambil,” katanya yang tidak tahu motif kejadian itu. Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, malam kelmarin.

No comments

Powered by Blogger.