News Update :

Tiada maaf Najib, BN di Selangor

January 26, 2013


Penulis TamuOleh Subky Latif

SEKALI lagi Perdana Menteri Najib ke Selangor minta maaf dari rakyat – pengundi – atas kesilapan UMNO dan BN di Selangor dan berilah pelung sekali lagi kepadanya memerintah semula Selangor. Ubahlah Selangor tetapi jangan ubah Putrajaya! Itulah kira-kira seruannya.

Dia minta pengundi memberi pertimbangan itu berdasarkan rekod kerajaan BN sejak merdeka.

Apapun Najib mengaku UMNO dan BN ada melakukan kesilapan. Jika tildak masakan dia minta maaf. Bolehkah maaf itu diberi sedang dia dan UMNO sendiri tidak memaafkan Tun Abdullah Badawi kerana kegagalan BN mempertahankan Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang dalam PRU12 dan tidak dapat majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tun Abdullah tentu ada rekod yang baik dalam perkhidmatannya di beberapa kementerian dan sebagai Perdana Menteri. Jika ada kesilapannya yang ketara dalam dua perkara yang Mahathir payah lupa ialah menghalang Dr. Mahathir untuk menjadi salah seorang perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO.

Kedua ialah membatalkan projek jambatan bengkok.

Kerana itu Dr. Mahathir tidak dapat memaafkannya hingga Mahathir keluar UMNO. Sampai hari ini Mahathir tidak memaafkannya.

Justeru kemuncak kemarahan rakyat kepada UMNO, maka BN tidak mencapai kemenangan yang gemilang dalam PRU12. Kelemahan BN dan UMNO itu bukanlah kelemahan diri Tun Abdullah seorang tetapi ia kelemahan UMNO pada keseluruhannya yang diwarisinya dari kepimpinan Dr. Mahathir.

Mengapa Najib dan UMNO tidak memaafkannya. Tun Abdullah sudah sedia berundur dan memberi tarih, tetapi UMNO mahu disegerakan. Tiada ampun. Berundurlah dia, terhina dan dimalukan.

Bahkan dalam rekod BN di Selangor. Ia tidak memaafkan Dato Harun Idris sebagai Menteri Besar dan Ketua Pergerakan UMMNO Malaysia. Dia ada rekod baik di Selangor. Sebelum dia dimahkamahkan, dia digulingkan sebagai Menteri Besar.

Tan Sri Mohamad Mohd. Taib adalah menteri dan Ketua Penerangan UMNO di bawah pimpinan Tun Abdullah. Dia jadi calon Timbalan Presiden UMNO yang dikalahkan oleh Muhyiddin Yasin. Dia adalah pemimpin UMNO Selangor. Mengapa dia tidak dibagi apa-apa oleh Najib? Ia bukti Najib dan UMNO tidak memaafkannya.

Kalau Najib dan UMNO tidak sedia memaafkan pemimpinnya, maka bagaimana rakyat Selangor dan lain-lain boleh memaafkan Najib, UMNO dan BN?

Berdasarkan rekod BN selama ini dan berdasar rekod rekod Najib sendiri, wajarkah ia dan dia dimaafkan?

Apa rekodnya? Tidak usah kita ugkit rekod Dr. Khir Toyo yang sudah dihukum mahkamah. Rekod Najib sebagai Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor. Memberangsangkankah?

Rekodnya dalam kes Altantuya belum diselesaikan. Rekod pembelian kapal selam Perancis baik rekodnya di Malaysia dan di Perancis sendiri belum selesai. Berbelanja besar-besaran tentang pertunangan anaknya dan bilnya dihantar ke Jabatan Perdana Menteri belum dijelaskan.

Rekod rasuah dan dilihat rasuah sepanjang pentadbiran BN sejak merdeka di pusat dan di negeri-negeri adalah rekod yang wajar diingat oleh sekalian rakyat.

Kita belum bincang tentang Tunku digulingkan oleh Tun Razak dan Tun Hussein Onn digulingkan oleh Dr. Mahathir. Kita belum tengok kisah berbilion duit Bank Negara hilang atas kertas. MB BN Selangor ditangkap membawa kerkilo-kilo duit di lapangan terbang Australia, Ketua Polis Negara pukul bekas Timbalan Perdana Menteri hingga separuh mati dalam penjara.

Bagaimana dengan rekod suami Shahrizat Jalil diberi pinjam RM250 juta untuk gembala lembu dan dibicarakan sekarang? Bagaimana dengan pembongkaran saudagar Deepak yang menerbitkan buku berjodol Black Rose yang membabitkan Najib dan isteri yang baru tersebar?

Apakah semua ini tidak termasuk dalam rekod BN yang permohonan maaf Najib itu tidak wajar diterima dan peluang tidak boleh diberi lagi kepadanya di Putrajaya dan tidak boleh diberi semula di Selangor?

Artikel berkaitan PENDAPAT

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.