Apabila Pegawai Universiti Tutup Mulut Mahasiswa

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/207804_477606922274969_1986964375_n.jpg



SEDUTAN ARTIKEL AHMAD LUTFI, 12 FEBRUARI 2011:

Lebih mengejutkan apabila saya terbaca laporan yang mendedahkan insiden memalukan di Universiti Malaya, 10 Februari lalu. Sekumpulan 20 mahasiswa dihalang secara tidak bertamadun daripada mengadakan sidang media berkaitan peraturan PRK. Cuba bayangkan, seorang pengawal keselamatan universiti bertindak menekap mulut seorang aktivis pelajar pro-Mahasiswa ketika mahu memberikan ucapan!

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut. Kumpulan mahasiswa tadi dapat juga meneruskan sidang media selama 10 minit.

(Maknanya, proses pembodohan mahasiswa sudah berlaku sejak lama, dan di setiap kampus. Insiden Listen Bawani sepatutnya membongkar lebih banyak kes serupa...)

No comments

Powered by Blogger.