Kemasukan interlektual agama - satu lagi kejutan dari PR
Gambar sekadar hiasan dari admin :)
Umno tak pa, ramai blogger kaki fitnah dan lucah!
Kemasukan interlektual agama - satu lagi kejutan dari PR
ULASAN SEMASA: Kemasukan ulamak – satu lagi letupan. www.umno-reform2.com sebelum ini telah memaklumkan 5 kejutan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 yang bagi mereka akan menyempurnakan misi mereka ke Putrajaya. Kami telah maklum mengenai pendedahan Deepak Jaikrisna. Kejutan seterusnya adalah kemasukan intelektual agama serta tokoh intelektual pendidik dalam Pakatan Rakyat. Mereka dijangka akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat bagi menguatkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat sudah mula diterima secara keseluruhan.
Dalam pada itu, beberapa tokoh agama akan bertindak agresif berkempen pada saat-saat pembubaran parlimen – sehingga PRU 13 berlaku untuk memberi loncatan kekuatan kepada Pakatan Rakyat. Kami juga dimaklumkan strategi yang di rancang khas untuk memukul gendang – mencanangkan kemasukan mereka akan dilaksanakan bagi mengukuhkan kedudukan mereka.
Letupan ini dibuat berstrategi agak kesan kemasukan mereka akan menguatkan lagi beberapa negeri untuk terus diperintah dan beberapa negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Isu lain seperti isu Najib dan Rosmah pada ketika itu akan memasuki pusingan gegaran ke 2.
UMNO perlu segera mengubah strategi agar jangan ketinggalan pada saat-saat terakhir ini. Pembangkang sudah seakan menyiapkan plan utama dalam menuju PRU 13 dan sikap defensif UMNO akan mengikat UMNO dari bertindak dan ini memberi kesan kepada persepsi negatif yang akan terbentuk buat UMNO.
2 comments
salam tuan admin minta ..tukar bloglist..
salam tuan admin minta ..tukar bloglist boleh
Post a Comment