Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia Rampas Mikrofon Mahasiswa Semasa Forum?
SW1M: FORUM WANITA DAN POLITIK
FORUM WANITA DAN POLITIK
"SEIRINGKAH MAHASISWA DAN SISWI DENGAN POLITIK"
Pada 08HB DISEMBER 2012 bertempat di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK KEDAH Program yang ke-4 dianjurkan oleh PERTUBUHAN SUARA WANITA 1 MALAYSIA (SW1M),
Malah sesuatu yang amat membanggakan jumlah peserta mendaftarkan diri mencecah angka 3000 Penyertaan, Syabas Warga UUM & Peserta²
Tahniah diucapkan kepada semua krew² yang terlibat dalam menjayakan forum ini terutama Presiden SW1M Puan Sharifah Zohra Jabeen,
Disini teman lampirkan beberapa keping gambar semasa berlansungnya forum tersebut...
Sekitar Pendaftaran:
Suasana semasa forum berlansung:
Barisan ahli panel Puan Sharifah Zohra Jabeen, Encik Peter Yap,Encik Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Encik Mazli Mutazam. Moderatornya Saudara Ku Amirul Aziz Ku Seman
Barisan Urusetia:
Ambiga dituduh anarkis dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia
K Pragalath | December 9, 2012
Tuduhan tersebut dilemparkan oleh seorang pemimpin NGO, Suara Wanita 1Malaysia.
PETALING JAYA: Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk S Ambiga dituduh sebagai seorang anarkis dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah semalam.
Anarki bermaksud keadaan yang tidak berasaskan undang-undang dan kucar-kacir.
“Ambiga Sreenevasan yang hebat ialah pencetus anarki di Malaysia,” kata Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.
Beliau berkata demikian dalam satu sesi forum bertajuk, ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik?”, anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton, UUM dan Suara Wanita 1Malaysia. Ahli panel termasuk Pengetua DPP Proton Mazli Mutazam.
Dalam forum tersebut, tayangan video klip Perhimpunan Bersih 3.0 turut dipertontonkan kepada lebih 3,000 mahasiswa.
Ambiga, yang memimpin dua perhimpunan, Bersih 2.0 pada 2011 dan Bersih 3.0 April lalu mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya memenuhi lapan tuntutan bagi memastikan plihan raya berjalan dengan bersih dan adil.
Selain Ambiga, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut dikecam berikutan kenyataannya berkenaan dengan kebebasan beragama baru-baru ini.
“Inilah pejuang belia yang memperjuang kebebasan beragama,” kata Sharifah dan beliau turut mengecam penulis buku Allah, Kebebasan dan Cinta, Irshad Manji.
“Mengapa tiada protes untuk seks bebas?” soal Sharifah sambil menyifatkan tema hak asasi manusia sebagai propaganda Barat.
Semua yang menyertai forum tersebut menerima sehelai baju T SW1M dan sepuluh pemenang cabutan bertuah telah menerima komputer riba nota, Samsung Galaxy.
Kesemua tokoh tersebut dikecam sebagai pihak yang mahu menghuru-harakan negara atas nama hak asasi manusia.
2 comments
One big question...How someone like Sharifah become a women leader that vows to 1 Malaysia legacy with that kind of attitude that dishonour women of this country? Shame on her.
Suarapendidikan percuma hak suara dari semua siswawajarnya u tuk rakyat, wajarsaranan dari manamana suara,,tak kira siapa,.itu yang utama tanpa alasan politik lain, juga lepas ambil gajet tak semestinya tutup mulut untuk meluahkan pendapat dalam forum keluarga. Keluarga UUM bukannya siaran Tvlangsung kenapa t akut untuk mendengar pendapat, sebelumnya menteri pun tak tahu, orang luar tak tahu pun, tapi TAPi bila dah jadi kes begini semua tau, bentuk menghina jugabukan kepada seorang Bawani, malah seluruh siswa di Malaysia,
Elok tukar nama Takbersuara wanita malaysia
Post a Comment