Gambar Menarik Sambutan Rakyat Kepada najib Di Semenyih
Lebih 15,000 anggota Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan parti komponen Barisan Nasional (BN) membanjiri Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih sebagai tanda menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu membuatkan bandar sunyi Semenyih bertukar wajah menjadi sibuk dan sesak dengan puluhan bas dan ribuan kereta yang memenuhi tempat letak kereta dan sepanjang jalan raya.
Najib yang tiba tepat 10 pagi untuk menghadiri majlis Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) Negeri Selangor Bersama Perdana Menteri, ternyata teruja dengan sambutan meriah penyokong BN dan rakyat yang mengalu-alukan kehadiran beliau.
Lebih menarik penyokong dan rakyat yang membanjiri pekarangan dataran itu sejak 8 pagi, rata-ratanya berbangga memakai baju kemeja-t tertera lambang BN dan wajah Najib. Sorakan dan laungan “Hidup PM”, Hidup Najib” “1Malaysia” dan “Ore Malaysia” berterusan hampir 10 minit sehingga Najib dan pemimpin parti komponen BN menaiki pentas utama dengan iringan muzik tradisional India.
Penyokong dan rakyat juga mengambil kesempatan bersalaman dengan pemimpin berjiwa rakyat itu yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Dalam ucapannya, Najib yang jelas kelihatan ceria dan penuh semangat berkata beliau amat teruja dengan sokongan dan sambutan rakyat.
“Satu Malaysia, Ore Malaysia. Saya berasa amat terhormat lagi teruja kerana diberi sambutan cukup hangat oleh IPF,” katanya.
http://beritasemasa.com/gambar-himpunan-perdana-menteri-najib
No comments
Post a Comment