Surat Pekeliling Kerajaan Malaysia Bab Bible Menggunakan Bahasa Malaysia Didedahkan? Siapa Yang Noh Omar Cakap Boleh Murtad? Mohon Puak Umno Baca!







Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah Allah

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.

Bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan.

Larangan tersebut katanya, turut melibatkan penganut Kristian Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung.

''Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu ini kerana ia sudah menjadi tradisi mereka.

''Malah saya pernah hadir di dalam satu upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan saya mendengar perkataan Allah disebut di gereja berkenaan,'' katanya seperti dipetik oleh akhbar The Borneo Post hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily di pejabatnya di sini semalam.

Isu penggunaan kalimah Allah telah mencetuskan kontroversi apabila akhbar Herald-The Catholic Weekly telah membuat tuntutan menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya baru-baru ini.

Tuntutan itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Disember lalu tetapi pelaksanaannya ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai.

Ketika ditanya mengapa perlu ada dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah di antara penganut Kristian di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, beliau berkata, ia bukan satu amalan yang unik.

Mengulas lanjut Mohamed Nazri berkata, situasi di Semenanjung amat berbeza dengan Malaysia Timur kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun lalu.

''Umat Islam di Semenanjung tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan di dalam upacara agama (Kristian) sehinggalah baru-baru ini.

''Oleh itu mereka (umat Islam) telah mempersoalkan motif di sebalik penggantian perkataan Tuhan dengan perkataan Allah,'' jelasnya.

Jelas Mohamed Nazri, Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu Islam dan ia berkuat kuasa di semua negeri di Malaysia.

Dalam pada itu beliau berkata, penganut Kristian perlu sedar bahawa penggunaan kalimah Allah sama ada di dalam upacara agama atau di dalam penerbitan di Semenanjung merupakan satu perkara yang amat sensitif bagi umat Islam.

''Kerajaan sebenarnya bertanggungjawab untuk menghentikan sebarang tindakan provokasi yang boleh mencetuskan huru-hara khususnya yang menyentuh isu agama dan kaum walaupun tiada undang-undang menyatakan ia salah.

''Sebagai contoh, tiada undang-undang yang menyatakan memijak kepala lembu salah tetapi apabila dilakukan oleh sekumpulan orang Melayu di hadapan kuil, tindakan terpaksa kita ambil atas alasan mereka tidak menghormati agama Hindu,'' tambahnya.


Mereka yang benarkan penggunaan kalimah Allah di Bible boleh jadi murtad: Nooh Gadut

JOHOR BAHRU: Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.

Katanya, kalimah Allah adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian, sumpah setia dan akujanji terhadap keEsaan Allah S.W.T.
"Apabila sesuatu hukum telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis, selain ijmak ulamak, maka ia tiada kompromi.


"Daripada segi hukum kalau seseorang itu melanggarnya, dia boleh jadi murtad dan kafir sekiranya perbuatan itu dilakukannya dengan keadaan sengaja dan waras," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf dan Perancangan Harta Pusaka Islam, di sini hari ini.

Katanya, di dalam Al Quran jelas menerangkan kalimah Allah adalah kalimah eksklusif untuk orang Islam sepertimana dalam Surah Thaha ayat 14 maksudnya, "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku".

"Jadi jelas barang siapa yang mengatakan agama semua sama, hukumnya murtad.

"Kerana itu apabila bercerita tentang akidah dan hukum, ia tidak boleh ditafsirkan mengikut politik sama ada politik pembangkang atau politik kerajaan," katanya.
Nooh berkata, jika penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu ia akan menimbulkan kekeliruan kerana menurutnya di dalam agama Kristian itu sendiri terdapat tiga nama tuhan.

Beliau turut menegur sikap pihak tertentu yang seolah-olah sengaja menguji keharmonian negara dengan menganggu kontrak sosial yang selama ini menjadi tunggak kepada keamanan negara.

"Jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan segera ia boleh menyebabkan huru hara dan kepada mereka yang berkenaan, jangan melampau kerana saya bimbang akan sampai ketika umat Islam tidak akan dapat menahan sabar demi mempertahankan akidah, nanti 'yang menang jadi arang yang kalah jadi abu'.

"Nasihat saya kepada yang Islam itu, betulkanlah segera akidah mereka dan yang bukan Islam, berjaga-jaga, jangan sampai umat Islam hilang sabar," katanya. - BERNAMA

2 comments

azmie said...

noh omar ka nooh gadut???

Unknown said...

Dulu,sebelum wujudnya perlembagaan negara pehak pemerintah rujuk pada para ulamak.Sekarang perihal kalimah Allah"pun kena la rujuk pada para ulamak sebab ia berkaitankan dgn bab ilmu di dalam Al-quran dan hadis.Hak yg sahih kalimah Allah pada umat islam dari segi penjagaan ilmunya.Itu kalam Allah bersifat Maha Esa.Bukannya bersifat trinity Tuhan Allah-Allah.Lalu ker kamu membacanya di papan iklan tulisan mcm tu.Tak ker menyirap darah di buatnya.Dah melibatkan faktor keamanan negara pulak.Orang dah pandang umno lain mcm jer,masa tu.Mana boleh main sekerat2 semenanjung tak boleh,sabah dan sarawak boleh.Kita cuma fokus kepada,menjaga kesucian ilmu itu sendiri tanpa di cemar dan sahih di tempatnya.Bukan boleh di porak perandakan oleh agama lain.Islam itu kekal sampai bila2,politik boleh berubah2.

Powered by Blogger.