Sah! Dalam Video Ini Ada Bukti Beri Pihak Pakatan Duit Kepada Rakyat Yang Hadir #KL112
Isu air: Jangan salahkan BN
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
Najib Tun Razak disambut oleh ribuan penduduk daripada pelbagai kaum ketika menghadiri program bersama rakyat anjuran Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Selangor di Semenyih, Selangor, semalam. -MINGGUAN/MOHD. NOOR MAT AMIN
SEmenyih 12 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang menuding jari menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berhubung krisis bekalan air di Lembah Klang.
Tegas Perdana Menteri, sikap sedemikian adalah tidak wajar kerana isu air merupakan hak rakyat yang tidak sepatutnya dipolitikkan.
"Ini bukan caranya dan bukan masanya nak tuding jari. Kini masanya kita selesaikan masalah air. Tetapi kita tak boleh berbuat apa sebab mereka tak bagi arahan pembangunan membenarkan kerajaan Pusat melaksanakan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
"Kita nak buka rumah pam tambahan pun mereka tak beri kelulusan. Gangguan air kini adalah secebis sahaja daripada apa yang akan berlaku pada 2014. Malapetaka lebih serius akan menimpa negara khususnya di Lembah Klang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kalau tak selesai masalah air,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di depan lebih 15,000 orang yang hadir sempena program bersama rakyat anjuran Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) di Semenyih, di sini hari ini.
Najib berkata, Selangor bakal berdepan dengan kerugian besar khususnya dalam sektor pelaburan dan pembangunan hartanah jika masalah air tidak diselesaikan segera.
"Kita sedar pelaburan bernilai berbilion ringgit di Selangor mungkin tak jadi kalau tak selesai masalah air. Pelabur-pelabur menunggu nak buka kilang di Selangor tetapi tertangguh kerana masalah air. Pemaju hartanah yang nak buka kawasan perumahan juga terganggu.
"Sebab itulah kita jangan main politik. Masalah berkaitan air bukannya nak cari keuntungan politik. Saya sedih lihat orang yang tinggal di rumah flat termengah-mengah nak angkat air ke tingkat atas,'' katanya.
Beliau kemudiannya memberi jaminan masalah air di Selangor mampu diselesaikan dengan segera jika rakyat memberikan mandat kepada BN untuk kembali mentadbir negeri itu.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bantuan untuk kaum India supaya kaum itu tidak tercicir dalam arus pembangunan negara.
Jelasnya, bantuan itu antara lain penyaluran peruntukan lebih RM500 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) serta tambahan RM100 juta setiap tahun, penyelesaian dokumen pengenalan diri selain pemberian skim pinjaman mikro kredit.
Katanya, bantuan turut merangkumi penambahan tempat dalam program matrikulasi serta pengambilan lebih ramai masyarakat itu dalam perkhidmatan awam.
"Tetapi ini bukan bererti segala-galanya sudah kita selesaikan. Ini saya anggap sebagai 'work in progress'. Ada banyak lagi yang perlu kita lakukan. Sebab itu kita perlu mandat yang besar.
"Mandat ini supaya kita ada kekuatan untuk melakukan pembaharuan yang besar dan pembelaan kepada rakyat. Kita tahu sumbangan masyarakat India adalah besar. Tetapi mereka masih lagi berdepan dengan masalah ekonomi dan sosial yang perlu diberikan perhatian sewajarnya," ujar beliau.
BN tidak tertekan dengan himpunan Pakatan
NOR AZURA MD AMIN
13 Januari 2013
PONTIAN - Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dipercayai dapat menghimpunkan sekitar 100,000 orang semalam, tidak memberi tekanan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) Ketua Penerangan dan Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, tiada apa yang perlu dibuktikan penganjur kerana perhimpunan sebelum ini gagal capai matlamat malah ada bertukar menjadi kekacauan.
Menurutnya, himpunan sebegitu dianjurkan untuk menyaingi program Jelajah Janji Ditepati anjuran BN yang berjaya tarik kehadiran ramai rakyat.
“Program Jelajah Janji Ditepati yang merantau ke seluruh negara menerima sambutan baik. Ia berbeza dengan penganjuran himpunan mereka yang hanya bertujuan mengalihkan isu yang membelenggu pembangkang.
“Umno/BN tidak bimbang atau rasa tergugat dengan penganjuran itu. Kita bimbang berlaku kekacauan dan huru-hara seperti Bersih 2.0 sehingga menyebabkan ramai pihak rugi selain pelabur melarikan diri,” katanya yang juga Ketua Penerangan Umno.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menyifatkan tiada kesepakatan pendirian pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH.
Katanya, walaupun terdapat pemimpin kanan pakatan cuba redakan keadaan, namun kenyataan dikeluarkan pemimpin tertinggi Pas menyebabkan mereka menolaknya.
Katanya, mufti dan ulama perlu suarakan pandangan dan menentang perkara berkenaan.
No comments
Post a Comment