Apa Kerja Dr Sidek Baba Selepas TIBAI Anwar?

 http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/536253_535297666520363_255133769_n.jpg

King Jason

Datuk Dr Sidek Baba

Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan. Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.

Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.

Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti. Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerak kerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Noor Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan guru-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

No comments

Powered by Blogger.