Dr Zaharuddin Jawab Kritikan ISMA Kepada Beliau
Zaharuddin Abd Rahman
Saya tidak suka berdebat dan berhujjah tanpa keperluan yang jelas dan masa yang sesuai. Namun melihat tulisan ISMA yang 'menyerang saya' berdasarkan pandangan ringkas saya berkenaan hukum undi calon bukan Islam. Sebelum ini hanya agakan, rupanya ternyata betul ISMA memang belum matang berpolitik. Menyerang secara tidak teliti, 'andaian sendiri' dan kemudian mengajak wacana adalah tidak tertib.
Hakikatnya, ISMA sendiri mengharuskan undi non muslim iaitu sebagaimana resolusi mereka :
" c-Apabila seorang non Muslim berhadapan dengan non Muslim yang lain, maka umat Islam perlu melakukan dua perkara berikut:
i. Di kawasan majoriti pengundi Muslim, maka hendaklah dihantar calon Muslim.
ii.Di kawasan majoriti pengundi non Muslim, maka pemilihan calon hendaklah berdasarkan parti yang paling kurang mudharat kepada Islam."
Jika anda melihat resolusi di atas, itu bermakna MEREKA TURUT MENGHARUSKAN undi non muslim.
Benar, resolusi disebut dalam situasi tertentu sahaja. Namun sepanjang ingatan saya, saya juga tiada menyebut sebarang situasi khusus berkenaan keharusan mengundi Non-Muslim, namun ISMA secara terburu-buru menganggap saya memaksudkan dalam situasi tertentu yang tidak sama dengan mereka hasil andaian dan ciptaan mereka sendiri. Lalu melalui andaian itu, mereka mencipta dan mencetus 'peperangan hujjah dengan saya', malah menyindir saya 'berfatwa'.
Padahal jika mereka bersangka baik dan lebih matang dalam dunia politik, hujjah, mendahulukan sangka baik, mereka tiada akan tergesa-gesa meletakkan saya seolah individu yang BERBEZA daripada mereka.
Saya punyai ramai teman dan rakan dari jemaah ISMA, namun dek kerana apa yang pimpinan mereka lakukan ini, teman itu kelihatan sudah mahu menjadi lawan, memperkecilkan saya. Mesraan yang dulu kini menjadi sindiran, semua akibat tindakan agak gopoh pimpinan ISMA. Belum full time politik sudah jadi begini. Maka bagaimana jika full time?
Justeru, saya semakin ragui kewibawaan calon berjasa tajaan ARUS BARU dalam dunia politik TANAHAIR. Mereka mungkin wibawa dalam dunia kitab dan juga amanah. Namun dunia politik dan pentadbiran, public relation etc. Hmmm..adakah mereka punyai quwwah?
No comments
Post a Comment