DUN P Pinang & Kedah bubar pagi ini, Kelantan malam tadi
KUALA LUMPUR 5 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan Kedah dibubarkan pagi ini sementara DUN Kelantan menjelang tengah malam tadi.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memilih Jumaat, hari ini mengumumkan pembubaran itu di Komtar selepas bertemu Gabenor Abdul Rahman Abbas di kediamannya di Seri Mutiara pada jam 9 pagi tadi.
Menurut Guan Eng, Jumaat paling sesuai untuk pembubaran kerana hari paling bertuah dalam seminggu.
Harapannya semoga membawa keberkatan kepada semua dan supaya pilihan raya berlangsung aman.
DUN Kedah turut sama dibubarkan pagi ini oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Pengumuman itu dibuat di Istana Anak Bukit, Alor Setar , jam 10.15 pagi tadi.
Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri mengumumkan pembubaran itu pada sidang media kira-kira 10.35 pagi selepas mendapat perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mengumumkan pembubaran DUN Kelantan pada 11.55 malam tadi.
Pengumuman itu dibuat di kediaman rasminya di Kota Baharu setelah menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan baginda di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen Rabu lalu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.
No comments
Post a Comment