Isu Harga Kereta Import Turun, Mukhriz Tengah Jilat Kahak Sendiri!


Harga kereta import turun

Kuala Lumpur: Harga jualan kereta import di negara ini menurun antara RM2,000 hingga RM14,000 sejak dua bulan lalu tanpa kerajaan perlu menghapuskan cukai eksais kereta.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata ia hasil perbincangan dengan pengeluar kereta multinasional yang dipasang di negara ini supaya menggunakan komponen tempatan berbanding komponen import, selain meminta pihak terbabit mengubah strategi jualan bagi menurunkan harga kereta.
Oleh itu, beliau menyifatkan cadangan pakatan pembangkang untuk menghapuskan cukai eksais kereta bagi menurunkan harga kereta sebagai pendekatan ‘simplistik’.


Potongan cukai

Mukhriz berkata, tidak semestinya harga kereta turun mengikut peratusan penurunan cukai eksais kereta, sebaliknya ia akan menjejaskan pendapatan negara.

“Harga kereta bergantung kepada pasaran, misalnya, kereta hibrid sejak 2009 tiada cukai dikenakan namun harganya masih tinggi bergantung kepada pasaran.

“Apa yang kita buat adalah bincang dengan pengeluar, gunakan komponen tempatan dan kita berikan insentif potongan cukai dan sebagainya. Kita juga minta mereka mengubah strategi dan turunkan harga bagi kereta yang mempunyai permintaan tinggi,” katanya selepas menandatangani ikrar integriti pilihan raya Transparency International (TI) di pejabatnya di sini semalam.
Beliau mengulas manifesto pakatan pembangkang yang bercadang menghapuskan 70 peratus cukai eksais kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun bagi menurunkan harga kereta.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, adalah pemimpin kedua selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menandatangani ikrar integriti itu sebagai komitmen bertulis kepada rakyat untuk memastikan pilihan raya bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Tak jejas pendapatan negara

Mengulas Manifesto Barisan Nasional (BN) yang turut menawarkan penurunan harga kereta 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun selain memastikan daya saing pengeluar kereta nasional ditingkatkan, Mukhriz berkata, ia dilakukan secara terperinci tanpa menjejaskan pendapatan negara.

Katanya, semakan semula Dasar Automotif Nasional juga dilakukan dengan memfokuskan kepada usaha memperkasakan industri automotif negara secara menyeluruh.

“Kita lihat kepada pengeluaran enjin dan bukan hanya memasangnya di sini. Ia akan babitkan pelaburan besar, bukan saja infrastruktur, malah modal insan,” katanya.

Ditanya mengenai Manifesto BN Kedah, beliau berkata manifesto yang menumpukan kepada pembangunan sosioekonomi rakyat negeri itu sudah 95 peratus siap dan akan dibentangkan tidak lama lagi.

No comments

Powered by Blogger.