Isu Wanita Seksi Dan Separuh Lucah Dengan Bendera BN, Khairy Rupanya BANGANG!

 http://www.utusan.com.my/pix/2013/0404/Utusan_Malaysia/Pilihan_Raya/px_62.1.jpg

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/60896_522141444470427_250890885_n.jpg


PRU-13: "Berbogel" bersama bendera BN, Khairy lapor polis esok

Oleh SUWARNI MOKHTAR

GAMBAR seorang wanita dipercayai dalam keadaan bogel dan melindungi tubuhnya dengan bendera Barisan Nasional yang dimuatkan di laman sosial akaun "Alvin and Vivian - Alvivi" sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong parti itu

KUALA LUMPUR 4 April - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN.

Beliau menyatakan, laporan tersebut akan dilakukan esok namun tidak menyatakan waktu dan di balai polis mana laporan tersebut akan dibuat.

Khairy Jamaluddin ketika dihubungi Utusan Online melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai amat biadap.

"Satu tindakan yang amat biadap. Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab," katanya menerusi SMS hari ini.

Gambar wanita tersebut yang dimuatkan di dalam laman sosial Facebook dengan akaun nama "Alvin and Vivian - Alvivi" itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Kebanyakan pembaca mengkritik tindakannya itu.

Alvin dan Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks mereka dalam sebuah blog, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012. - UTUSAN ONLINE

ADMIN: lu tolong baca komen budak ni yang terang-terang dok jilat BN. Apa tindakan SKMM apabila kebanyakkan video adalah berkaitan dengan seks dan lucah? apa nak jadi la dengan puak-puak yang berat sebelah ambil tindakan ni.

No comments

Powered by Blogger.