PANAS! Video Ulama Pondok Harga 2 Juta Tersebar






Syed Abdullah Syed Osman ,

Bezanya antara Ulama 'dalam semak' dengan Ulama yang ikhlas berjuang untuk Islam dapat diperhatikan dengan mata hati kita. Antaranya ialah apabila beliau bercakap berlainan nada seperti kalau di Masjid pedalaman kampung nadanya agak keras sedikit. Apabila berceramah di masjid di kota dan ada tokoh pemimpin tertentu hadir, nadanya mulai kendur dengan menyembunyikan kebenaran Islam itu sendiri dan apabila memberikan kuliah di TV pula nadanya ambil jalan selamat dan tidak sekali-kali menyentuh tentang akidah atau perkara sensitif apabila menceritakan hal-hal lain yang menyentuh tentang hak di dalam Islam itu sendiri.

Ulama saperti ini mengelirukan minda kita yang tidak konsisten tentang apakah yang hendak disampaikan - sekejap dihukumkan haram dan sekejap dihukumkan halal dan selepas itu dihukumkan harus di dalam tajuk yang sama apabila berada ditempat-tempat berlainan mengikut keadaan semasa. Pendirian tidak tetap ini boleh mengelirukan umat Islam tetapi anehnya mereka ini pandai menyusun kata-kata yang berbelit-belit apabila isu tentang halal haramnya seolah-olah tidak tegas pendirian mereka.

Sayang seribu kali sayang apabila bertungkus lumus belajar sampai ke Universiti Azhar atau Universiti Islam di luar negara yang kadangkala mengambil hingga 10 tahun pengajian tetapi apabila pulang ke tanah air sanggup menjual agama dengan hanya kerana sayangkan jawatan atau pun apabila sudah terasa keselesaan sedikit dan mempunyai kuasa sudah mula berubah hingga tergamak tinggalkan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Mereka ini sepatutnya menjaga Islam dan menegakkan agama dalam keadaan apa sekali pun kerana mereka tahu dan arif tentang tuntutan agama itu sendiri tetapi malangnya berlaku disebaliknya pula. Mereka pandai mengolah kehebatan riwayat Rasulullah SAW dan para Sahabat tetapi malangnya mereka sendiri tidak mengikut jejak langkah sebagaimana para Sahabat kerjakan saperti turun ke padang bersama-sama membuat kerja amal atau membersihkan masjid atau membina masjid dengan kudrat mereka sendiri. Jangan hanya pandai bercerita dan membuat komen tetapi hakikatnya tidak mahu bersama jemaah melakukan kerja-kerja kebajikan serta menjaga jemaah di sekeliling.

Sepatutnya golongan ulamalah yang sepatutnya menjadi pembimbing kepada umat yang dianggap sebagai perwaris Nabi atau pun diibaratkan sebagai bintang-bintang dilangit yang memberikan cahaya dan penunjuk jalan dan bukannya menunjukkan jalan atau lorang yang salah untuk menuju kepada alam akhirat. Benar-benarlah mereka ini cuba menempah azab yang disediakan diakhirat kelak jika sekiranya menyembunyikan yang hak dan tonjolkan yang batil sebagai pegangan mereka.

Sudahlah tidak mahu ikut ajaran Islam yang sebenarnya tergamak pula meminda sana dan sini tentang hukum hakam yang ditetapkan itu seolah-olah dia lebih bijak dari Allah dan Rasul itu sendiri.

Apabila Allah menceritakan dalam Al-Quran tentang bagaimana Iblis laknatullah engkar perintah Allah yakni tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS, Iblis telah diusir dari syurga serta dilaknati – maka kisah ini bukannya untuk diceritakan untuk suka-suka tetapi manusia perlu mengambil ikhtibar bahawa hukum Allah mesti dipatuhi dan tiada kompromi.

No comments

Powered by Blogger.