Perdana Menteri selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong
KENDERAAN rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat bergerak pulang dari Istana Negara ke Pejabat Perdana Menteri kira-kira jam 9.10 pagi tadi. - Foto BH Online
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergerak keluar dari Istana Negara kira-kira jam 9.10 pagi tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Najib menghadap Tuanku Abdul Halim
Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di perkarangan Istana Negara Jalan Duta di sini tepat pada pukul 8.25 pagi.
Kehadiran perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini, menguatkan lagi desas-desus pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13.
Najib menghabiskan masa selama satu jam menghadap Tuanku Abdul Halim dan keluar dari istana pada pukul 9.12 pagi.
Selepas ini, Najib dijadualkan akan ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan dan akan mengadakan ucapan secara langsung dari pejabatnya di Putrajaya pada pukul 11.30 pagi.
No comments
Post a Comment