Rafidah tidak bertanding PRU-13


KUALA LUMPUR: Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kerana sudah membuat keputusan untuk bersara daripada menjadi wakil rakyat.

Katanya, walaupun tidak bertanding dalam PRU-13, beliau akan turut serta berkempen untuk UMNO dan BN, khususnya bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih pucuk pimpinan bagi parlimen berkenaan.
Beliau menjelaskan kehadirannya ke Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO hari ini adalah atas permintaan pucuk pimpinan parti.

No comments

Powered by Blogger.