Kisah Saidina Umar Mengutus Surat Kepada Sungai Nil
Kisah Saidina Umar Mengutus Surat Kepada Sungai Nil
Sungai Nil, sungai yang pernah menjadi saksi keajaiban dan kekuasaan Tuhan sehingga ke hari ini. Tenang airnya yang mengalir menyimpan pelbagai cerita yang sukar diterjemah dengan kata-kata. Sungai Nil tidak pernah kering walau kemarau panjang menjelma.
Menyingkap kembali sejarah, kisah ini pernah berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Ketika itu, Mesir telah jatuh ke tangan Islam sementara masyarakatnya masih banyak yang mengamalkan amalan yang bertentangan dengan syarak.
Khalifah Umar lantas melantik Amru bin ‘Ash sebagai gabenor bagi menguruskan hal ehwal dan masalah di Mesir. Sehinggalah tiba satu bulan di mana tarikh 11 hb, sungai Nil semakin surut dan hampir mengering.
Sekumpulan penduduk datang menemui Amru bin ’Ash. Lalu mereka bercerita,
“Wahai Amirul Mukminin, Sungai Nil ini boleh jadi kering kecuali kami penuhi permintaannya.”
“Jika begitu, apakah permintaannya?,” tanya Amru bin ‘Ash.
“Biasanya, sudah menjadi amalan kami setiap tahun, kami akan mencari seorang anak gadis yang cantik rupa parasnya. Setelah orang tuanya setuju dan redha, kami akan menyuruh gadis itu berdandan dan berhias seelok mungkin. Selepas itu, kami akan melemparkan dia ke Sungai Nil sebagai korban. Selepas itu, barulah air Sungai Nil akan mengalir semula,” jelas mereka.
“Jangan, perbuatan itu dilarang oleh Islam. Kedatangan agama ini adalah bagi melenyapkan amalan buruk seperti ini. Bagaimana kalian tega mengorbankan nyawa gadis lain yang tidak bersalah apa-apa,” sangkal Amru bin ‘Ash yang terkejut.
InsyaAllah bersambung...
No comments
Post a Comment