Solat hajat & bacaan yasin di kediaman Anwar esok



KUALA LUMPUR 23 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai menghadiri ke majlis solat hajat dan bacaan yasin di kediaman beliau di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur
Majlis yang bermula jam 7.15 petang esok diadakan bagi memohon perlindungan dan mempermudahkan urusan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan pertuduhan fitnah oleh kerajaan Umno BN terhadapnya.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 7 Mac menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar Ibrahim.
Penghakiman tersebut penuh kontroversi dengan prosedur pincang antaranya permohonan mendapatkan nota perubatan ditolak, tarikh perbicaraan dipercepat, penghakiman tergesa-gesa.
Paling jelas pelantikan peguam yang banyak mewakili Umno di mahkamah, Shafee Abdullah. Umum mengetahui kes ini merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi Umno-BN untuk menjatuhkan Anwar.

Justeru anggota KEADILAN, penyokong Pakatan Rakyat dan orang ramai yang menolak kezaliman dan mahu keadilan ditegakkan dialu-alukan hadir ke majlis ini.

No comments

Powered by Blogger.