News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Pelajar sekolah agama mati dalam pergaduhan dengan rakan di Rawang

April 30, 2014

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden

Namun mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya.

Boleh Ke Kerajaan Jawab Soalan Ini?



Boleh tak macai tolong jawab? Ada perubahan ke tidak?

Jangan putar belitkan fikiran rakyat.

HUDUD di Negeri Kelantan?

April 29, 2014



Bagi sesiapa yang hendak kan kepastian dan memahami apa yang hendak dilakukan oleh kerajaan kelantan berkenaan hukum allah ini, sila hadir ke tempat yang tertera.

Sama-sama kita hebahkan.

Komen Cikgu Sulizi Berkaitan Isu Dikir Barat Maksiat Di Besut

April 28, 2014





Ingat cikgu, yang halal kena jelas halal dan yang haram kena jelas haram.

Islam bukan datang nak tutup periuk nasi para tukang dikir. Biar kena cara cikgu.

Gambar Sekitar Kunjungan Hormat TPM Ke Rumah TG Nik Aziz

April 27, 2014











YB Tuan Guru semasa menerima kunjungan YAB Timbalan Perdana Menteri di kediamannya di Pulau Melaka selesainya solat asar petang tadi. YB Tuan Guru tidak menyangka kehadiran YAB TPM di kediamannya tadi ketika menjawap pertanyaan media.

TG Nik Aziz Menerima Kunjungan Muhyiddin Yasin Petang Tadi



Alhamdulillah, perbezaan pendapat tidak menyebabkan putusnya silaturrahim sesama agama.

Petang tadi tpm membuat kunjungan biasa ke rumah tok guru.

Gateh Basikal Bersama UAI Di KL



Alhmadulillah, meriah dengan kehadiran orang ramai.

Gateh basikal sekitar KL.

Perkarangan Rumah TG Nik Aziz Sibuk Awal Pagi Tadi

April 25, 2014





Hampir 100 orang datang bawa bayi masing-masing ke masjid tok guru untuk buat tahnik ke atas anak masing-masing.

Ya allah, mereka mohon keberkatan alim ulama. Panjanglah umur dan berikan lah kesihatan kepada tok guru.

Ngeri! Kereta bertembung dengan penyeludup minyak, mangsa hangus



Kejadian berlaku di sungai golok, bertembung dengan motor yang sedang menyeludup minyak petrol. Khabarnya mangsa kedua-duanya perempuan.

Al fatihah.

Hanipa Ulas Isu Surat Ugutan Saman Jika Pas Laksanakan Hudud Dari GERAKAN

April 24, 2014




KENYATAAN MEDIA ISU NOTIS UNDANG UNDANG DARI GERAKAN

Pertama saya selaku Pengerusi Lajnah Undang Undang Pas mengucapkan terima kasih pada Parti Gerakan di atas surat atau notis undang undang bertarikh 24.4.2014 yang dihantar kepada Pas berkenaan isu hudud.

Keduanya,Pas yang mendokong amalan demokrasi termasuk kebebasan bersuara menghormati hak dan kebebasan parti Gerakan melalui sayap pemudanya atas pandangan mereka berkenaan hudud itu. Pas mungkin tidak setuju dengan pandangan Gerakan namun yakin dan percayalah kami akan mempertahankan hak dan kebebasan bersuara anda dengan segala kudrat kami.

Ketiganya, jika dilihat kepada isi kandungan surat itu sebab utama penentangan Gerakan kepada hasrat perlaksaaan hudud oleh Pas adalah berkisar kepada isu Perlembagaan. Gerakan berpendapat undang undang hudud bertentangan dengan Perlembagaan kerana dikatakan tiada peruntukkan dalam Perlembagaan bahawa hudud boleh dilaksanakan.

Amat malang pihak Gerakan hanya menyatakan secara umum bahawa hudud bertentangan dengan Perlembagaan namun tidak dinyatakan peruntukan mana di dalam Perlembagaan yang dikatakan dilanggar oleh Pas atau Kerajaan Kelantan. Ketiadaan perincian dakwaan mereka ini menimbulkan andaian adakah pihak Gerakan menghantara notis tindakan undang undang kepada Pas hanya berdasarkan sentimen semata mata dan sikap gopoh tanpa terlebih dahulu menghalusi Perlembagaan dan peruntukkan di dalamnya.

Dakwaan Gerakan dalam Notis mereka kepada Pas bahawa kewujudan hukum hudud akan mengakibatkan kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara kita adalah, dengan hormat, satu dakwaan yang gopoh, tidak berasas dan juga menunjukkan ketidakfahaman mereka tentang perjalanan sistem undang undang jenayah dalam negara ini.

Untuk makluman Gerakan, kewujudan dua sistem jenayah dalam negara ini telah pun wujud sejak Perlembagaan Persekutuan itu wujud. Sejak awal lagi negara kita dan Perlembagaan merestui kewujudan dua sistem jenayah itu iaitu jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Sivil dan jenayah syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. Oleh itu sama ada hudud wujud atau tidak , hakikatnya negara kita telah pun mempunyai dua sistem jenayah dan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan. Nampaknya bukan Pas yang melanggar Perlembagaan sebaliknya hujah Gerakan yang menyalahi Perlembagaan.

Malahan jika kita mengambil kira wujudnya Mahkamah Tentera yang membicarakan kes jenayah yang melibatkan tentera maka terdapat lebih dari dua sistem jenayah dalam negara kita. Bagaimana pula dengan kewujudan mahkamah seperti Mahkamah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) yang juga diberi kuasa membicarakan kes saman berunsur jenayah !

Apa pun kita patut memuji Gerakan kerana meskipun mereka menghantar Notis yang boleh dikatakan pra matang kepada Pas, mereka tidaklah dilihat menghina hukum hudud seperti para pemimpin Umno, sekutu mereka yang beragama Islam , yang pernah dan diketahui menghina hukum hudud secara terbuka sebelum ini.

Alexender Pope menyatakan " Little knowledge is dangerous thing" maka atas ruh kata kata tersebut saya ingin menasihatkan pemimpin Gerakan pelajarilah hukum hudud sebelum kamu ingin menentangnya. Adil kah menentang hudud tanpa mengetahui dan memahami undang undang hudud itu terlebih dahulu ?

Saya juga berharap Gerakan juga perlu bersikap konsisten. Mengapakah kita tidak mendengar Gerakan menentang undang undang zalim dan drakonian seperti ISA , Akta Hasutaan, Akta Penerbitan Dan Pencetakan, SOSMA , Akta Pencegahan Jenayah dan banyak lagi.

Mengapakah apabila kerajaan BN luluskan Akta Pencegahan Jenayah yang mengembalikan kuasa menahan tanpa bicara Gerakan tidak membantah malahan menyokong. Bukankah ia adalah Akta yang zalim dan melanggar hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan?Mengapakah tiada notis dihanta kepada Umno , MCA dan MIC?

Adakah Gerakan sedar dan tahu bahawa tiada penahanan tanpa bicara dalam hudud malahan prinsip dalam undang undang jenayah Islam jauh lebih baik iaitu "lebih baik hakim tersilap bebaskan 10 orang bersalah dari hakim tersilap sabitkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah".

Saya mengambil kesempatan ini mengajak Gerakan untuk kita sama sama berdialog atau berdebat secara rational dan matang dalam isu hudud ini. Gerakan sediakanlah tempat, tarikh dan masa insya Allah Pas bersedia datang bila bila masa.

MOHAMED HANIPA MAIDIN
PENGERUSI LAJNAH UNDANG UNDANG PAS PUSAT

TG Nik Aziz Puji Isteri Dan Para Wanita


Wan Azizah: Perancangan jahat Umno halang Anwar jadi Presiden PKR

April 23, 2014



Apr 23 2014 / Fazallah Pit
Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 23 APRIL: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penarikan diri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrhim daripada bertanding jawatan Presiden adalah kekangan Akta Pertubuhan akibat keputusan perundangan yang dihadapinya.

Beliau berkata tindakan halangan itu adalah perancangan jahat Umno yang berusaha mematikan karier politik Anwar.

Anwar dan Wan Azizah Kongres PKRKatanya, cadangan untuk mengangkat Anwar bagi menerajui parti itu sudah lama dibuat di peringkat atasan sebelum ini.

"Ini jelas membuktikan kepada kita betapa jelasnya kejahatan Umno yang terus berusaha mematahkan semangat juang Anwar.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa tindakan ini hanya akan terus membakar semangat juang anggota PKR untuk meneruskan agenda perubahan di Malaysia," katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Anwar kini masih menunggu keputusan Mahkamah Rayuan selepas mahkamah memutuskan beliau bersalah dalam kes Fitnah II.

Penarikan diri Anwar daripada bertanding jawatan Presiden menyaksikan beliay kekal sebagai Ketua Umum PKR.

Mengulas mengenai pemilihan parti, Wan Azizah berharap supaya semua calon bertanding dan penyokong memelihara adab pertandingan serta berpandukan kepada peraturan yang ditetapkan Jawatankuasa Pemilihan PKR 2014.

Solat hajat & bacaan yasin di kediaman Anwar esok



KUALA LUMPUR 23 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai menghadiri ke majlis solat hajat dan bacaan yasin di kediaman beliau di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur
Majlis yang bermula jam 7.15 petang esok diadakan bagi memohon perlindungan dan mempermudahkan urusan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan pertuduhan fitnah oleh kerajaan Umno BN terhadapnya.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 7 Mac menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar Ibrahim.
Penghakiman tersebut penuh kontroversi dengan prosedur pincang antaranya permohonan mendapatkan nota perubatan ditolak, tarikh perbicaraan dipercepat, penghakiman tergesa-gesa.
Paling jelas pelantikan peguam yang banyak mewakili Umno di mahkamah, Shafee Abdullah. Umum mengetahui kes ini merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi Umno-BN untuk menjatuhkan Anwar.

Justeru anggota KEADILAN, penyokong Pakatan Rakyat dan orang ramai yang menolak kezaliman dan mahu keadilan ditegakkan dialu-alukan hadir ke majlis ini.

Adun dan media dihalang lawat Empangan Sungai Selangor



Oleh: Hafizan Taib

KUALA KUBU BHARU 22 APRIL : Rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan media dihalang memasuki kawasan Empangan Sungai Selangor di sini hari ini apabila tidak dibenarkan pengawal keselamatan di pintu masuk untuk ke kawasan itu.

Dalam lawatan bermula kira-kira jam 11 pagi rombongan terdiri daripada Adun Bukit Gasing, R Rajiv; Adun Kampung Tunku, Lau Weng San; Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan diketuai Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong yang mahu meninjau perkembangan di empangan itu.

Berikutan itu berlaku sedikit kekecohan antara kumpulan Adun dan petugas di empangan dikendalikan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

Selepas perbincangan tidak membuahkan hasil, Kee Hiong dan rombongan mengambil keputusan untuk terus memasuki kawasan empangan.

Pihak media diarahkan menunggu di luar sehingga lawatan itu selesai.

Kisah Saidina Umar Mengutus Surat Kepada Sungai Nil



Kisah Saidina Umar Mengutus Surat Kepada Sungai Nil

Sungai Nil, sungai yang pernah menjadi saksi keajaiban dan kekuasaan Tuhan sehingga ke hari ini. Tenang airnya yang mengalir menyimpan pelbagai cerita yang sukar diterjemah dengan kata-kata. Sungai Nil tidak pernah kering walau kemarau panjang menjelma.

Menyingkap kembali sejarah, kisah ini pernah berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Ketika itu, Mesir telah jatuh ke tangan Islam sementara masyarakatnya masih banyak yang mengamalkan amalan yang bertentangan dengan syarak.

Khalifah Umar lantas melantik Amru bin ‘Ash sebagai gabenor bagi menguruskan hal ehwal dan masalah di Mesir. Sehinggalah tiba satu bulan di mana tarikh 11 hb, sungai Nil semakin surut dan hampir mengering.

Sekumpulan penduduk datang menemui Amru bin ’Ash. Lalu mereka bercerita,

“Wahai Amirul Mukminin, Sungai Nil ini boleh jadi kering kecuali kami penuhi permintaannya.”

“Jika begitu, apakah permintaannya?,” tanya Amru bin ‘Ash.

“Biasanya, sudah menjadi amalan kami setiap tahun, kami akan mencari seorang anak gadis yang cantik rupa parasnya. Setelah orang tuanya setuju dan redha, kami akan menyuruh gadis itu berdandan dan berhias seelok mungkin. Selepas itu, kami akan melemparkan dia ke Sungai Nil sebagai korban. Selepas itu, barulah air Sungai Nil akan mengalir semula,” jelas mereka.

“Jangan, perbuatan itu dilarang oleh Islam. Kedatangan agama ini adalah bagi melenyapkan amalan buruk seperti ini. Bagaimana kalian tega mengorbankan nyawa gadis lain yang tidak bersalah apa-apa,” sangkal Amru bin ‘Ash yang terkejut.

InsyaAllah bersambung...

Israel dah mula tanam pokok Ghorqod

April 22, 2014



Tentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menghadapi serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.

Pohon-pohon ini ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Genting Gaza untuk menghadapi serangan roket dari Semenanjung Gaza. Ia berfungsi untuk menghalang pandangan dari tentera yang ada di Semenanjung Gaza.

“Dengan cara ini warga Israel yang tinggal di sekitar Gaza dapat lebih dilindungi dan di sisi lain boleh juga menikmati pemandangan hijau,” ujar salah seorang pegawai tentera Israel, Brigjen Elkabetz

Tentera Israel sendiri menyatakan saat ini penduduk di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak diadakannya gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah Israel menggempur wilayah Jalur Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November lalu.

Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada saat awal-awal penubuhan negara Zionis tersebut, Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya.

Ramalan Rasulullah

Rasulullah saw 14 abad yang lalu pernah meramalkan dalam hadis Bukhari dan Muslim kisah berlindungnya kaum Yahudi pada pohon Ghorqod pada peperangan melawan muslim.

Teks hadis itu berbunyi: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka diperangi oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pohon Ghorqod. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi ”

Israel pun sudah sejak lama menggalakkan penanaman pohon Ghorqod berdalih reboisasi. Inikah tanda kebenaran ramalan Rasulullah?

Wallahua’lam bish-showab. Hadis-hadis ramalan memang banyak bermuatan kiasan. Yang jelas, Rasulullah tidak berkata berdasarkan hawa nafsunya.

Penjelasan Ustaz Don


Keadaan Tayar Kapal Terbang Yang Rosak Teruk

April 21, 2014



Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan yang selamat.

Pesawat MH192 selamat mendarat di KLIA 1.56 pagi tadi




Astro Awani

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi tadi.

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

Sebelum ini, MAS mengesahkan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore itu berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut mengalami kerosakan pada tayar bahagian kanan sewaktu berlepas.

Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam. Pesawat itu membawa 166 orang yang terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal.

BOLEHKAH MENGHADIRI UPACARA PENGEBUMIAN MAYAT ORANG BUKAN ISLAM ?

April 20, 2014



BOLEHKAH MENGHADIRI UPACARA PENGEBUMIAN MAYAT ORANG BUKAN ISLAM ?
(Bilangan 118 Bahagian Pertama)


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Agama Islam sangat tegas dan keras dalam soal mempertahankan akidah Islamiyah, namun ia juga amat berlembut dan toleran dalam perkara-perkara tertentu seperti soal sosial dan kemasyarakatan yang melibatkan bagaimana mengatur di antara orang Islam dengan orang yang bukan Islam selama mana hubungan itu tidak menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal, lebih-lebih lagi tidak ada yang boleh menjejaskan atau merosakkan akidah orang Islam.

Berbuat baik dan berlaku adil kepada semua orang adalah salah satu prinsip Islam. Kerana Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam itu diutus oleh Allah Ta‘ala bagi seluruh alam sebagai rahmat dan nikmat yang besar. Sesiapa yang beriman dan menurut syari‘at Islam yang disampaikannya, selamatlah dia, dan sesiapa yang kufur ingkar, celakalah dia di dunia dan di akhirat, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Dan tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.
(Surah Al-Anbiya': 107)

Begitu juga berbuat baik kepada orang yang bukan Islam tidak dilarang oleh Islam. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya:

Tafsirnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”.
(Surah Al-Mumtahinah: 8)

Islam juga tidak melarang bermu‘amalah seperti berjual beli, saling berkunjung, menghormati mereka sebagai individudalam batas pergaulan dan hubungan mengikut sukatan mujamalah asalkan bukan kerana memenuhi tuntutan acara keagamaan mereka atau lainnya yang bertentangan dengan syara‘.
Pendeknya Islam juga tidak melarang menjalin hubungan silaturahim dengan orang bukan Islam dalam batas yang diizinkan oleh syara‘, apa lagi mereka itu keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik, abang dan sebagainya. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Daripada Asma’ binti Abu Bakar Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata: “Telah datang ibuku kepadaku di masa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan (ketika itu) dia masih musyrik (belum Islam). Maka aku meminta fatwa kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu aku berkata: “Dia (ibuku) menginginkan sesuatu daripadaku, adakah aku menghubungkan silaturahim kepadanya? Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ya, hubungkanlah silaturahim dengannya”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dalam hubungan ini jika berlaku kematian di kalangan mereka yang kafir zimmi, bagaimana sikap orang Islam mengenainya?

Perlu diketahui bahawa pada dasarnya apabila berlaku kematian ke atas orang kafir zimmi adalah dituntut supaya mereka tidak menzahirkan penanaman mayat dan kematian mereka secara terang-terangan. (Al-Raudhah: 10/333)

MENGIRINGI MAYAT ORANG KAFIR KE KUBUR

Islam tidak melarang perkara takziah dengan menghadiri atau mengikuti mayat orang kafir ke tempat pengkebumian, jika mayat itu terdiri daripada keluarga terdekat seperti isteri, jiran, teman rapat, maula dan hambanya. Keharusan menghadiri atau mengikuti mayat orang bukan Islam ini berdasarkan riwayat daripada Ali Karramallahu wajhah di mana beliau memberitahu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa saudara Baginda yang sesat (belum menganut Islam) telah mati, lalu Baginda mengarahkan Ali untuk menghadirinya. (Qalyubi wa ‘Umairah: 1/406 & Fath Al-‘Allam: 3/280)

Menurut Kitab Fath Al-‘Allam, jika mayat itu orang lain seperti bukan ahli keluarganya maka hukumnya adalah haram. (Fath Al-‘Allam: 3/280)



ADAB KETIKA MENZIARAHI MAYAT ORANG KAFIR

Islam tidak melarang menghadiri pengkebumian mayat orang kafir bahkan memberikan etika dan cara ketika menghadiri mayat tersebut.

Etika dan cara menghadiri mayat orang kafir dicatatkan dalam beberapa riwayat yang ada kaitan mengenainya, di antaranya:

Maksudnya: “Muhammad bin Al-Hassan bin Harun berkata: “Abu Abdullah ditanya: “Dan adakah dia boleh menghadiri mayatnya? “Beliau menjawab: “Ya, boleh sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Harith bin Abu Rubai‘ah di mana dia menghadiri mayat ibunya dan dia hanya berada di tepi dan tidak berada di dekat mayat kerana mayat itu dilaknat”.

Dalam sebuah riwayat yang lain:
Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Ka‘ab bin Malik daripada bapanya: “Qais bin Syammas datang menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya lagi: “Ibunya kebetulan mati sebagai seorang Kristian dan dia ingin menghadiri mayatnya”, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya: “Naiki kenderaanmu dan berjalanlah di hadapan mayatnya, kerana apabila engkau menunggang dan engkau berada di hadapannya maka engkau tidak dikira bersamanya”.
(Hadis riwayat Ad-Daruqutni: 2/75-76)

Berdasarkan riwayat di atas, keharusan menghadiri dan mengucapkan takziah di dalam majlis yang ada padanya mayat orang kafir hanyalah sekadar menunjukkan simpati saja dan tidak terlalu dekat dengan mayat, manakala ketika membawanya ke tempat pengkebumian pula, maka beradalah di hadapan mayat, bukan di arah belakang.
Simpati (takziah) yang ditunjukkan itu hanya sekadar mujamalah saja dan kehadiran itu pula tidak sekali-kali dikaitkan dengan agama dan akidah. Dengan lain perkataan kehadiran itu bukan kerana mengikut acara keagamaan mereka.

Dengan yang demikian bertakziah dengan menghadiri mayat orang kafir daripada kalangan keluarga atau teman rapat dalam batas-batas yang tidak termasuk dalam acara keagamaan mereka adalah diharuskan.

Tok Guru Nik Aziz Tanya Isu Wardina-Ustaz Don



prihatin nya seorang tuan guru kepada masalah umat islam.

Gambar Sekitar Pengebumian Mendiang Karpal Singh Hari Ke 4













Mayat mendiang di bawa ke dewan sri pinang. Orang ramai boleh hadir untuk memberi penghormatan yang terakhir.

Senarai Penuh Calon Pada Kongres Tahunan FAM ke-50

April 19, 2014



Penyandang presiden FAM Sultan Ahmad Shah bakal dicabar anakanda baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada kongres tahunan ke-50 FAM, 25 Mei ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiga calon bakal bersaing untuk mengisi dua slot jawatan Timbalan Presiden iaitu Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah yang merupakan penyandang Naib Presiden, selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

Katanya lapan calon akan bersaing merebut empat jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Sudarsono Osman, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Datuk Astaman Abdul Aziz, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

"Nama-nama itu merupakan pencalonan yang kita terima (daripada anggota gabungan) sebelum tarikh tutup 23 Mac lepas, namun ada beberapa calon yang menarik diri di saat akhir atas beberapa faktor," kata Hamidin.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ke-11 FAM bagi penggal 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari ini.

Ia dipengerusikan Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri Tengku Abdullah serta anggota gabungan FAM.

Senarai Penuh Calon Pada Kongres Tahunan FAM ke-50:

------------------------------------------------

Presiden:
Sultan Ahmad Shah (penyandang)
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (penyandang Timbalan Presiden)
Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Presiden PBNJ)

Timbalan Presiden:
Datuk Seri Subahan Kamal (penyandang Naib Presiden)
Datuk Seri Afandi Hamzah (penyandang Naib Presiden)
Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Timbalan Presiden FAS)

Naib Presiden:
Datuk Takiyuddin Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia)
Datu Sudarsono Osman (Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak)
Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis)
Datuk Astaman Abdul Aziz (Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur)
Datuk Rosmadi Ismail (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan)
Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Presiden Persatuan Bola Sepak Perak)
Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid (Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu)
Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera)

Ahli Jawatankuasa Eksekutif:

Lelaki:
Datuk Yusof Mahadi (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka)
Datuk Osman Salleh (penyandang)
Alijus @ Mohd Ali Sipil (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah)
Abdul Aziz Yeop Jamaludin (Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak)
Datuk S. Sivasundaram (penyandang)
Goh Ah Chai (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
Datuk Abdul Halim Muazzam Datuk Ayob (Penolong Pengurus Bola Sepak Sukan Sea Myanmar 2013)
Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang)
Datuk Md Yunos Husin (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia)
Datuk Tajuddin Abdullah (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang)
Datuk Othman Aziz (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah)
Marzuki Sulong (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu)
Datuk Ahmad Fuad Daud (Pengarah Sukan Felda)
Azman Ibrahim (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan)
Lt Kol Abdul Rani Abdul Rahim (penyandang)
Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib (penyandang)
Datuk Ahmad Shafie (Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia)
Datuk Khaidir Buyong (Setiausaha Agung Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia)
Mej Jen Datuk Mazelan Kasap (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera)
Isham Shaharudin dan Muhammad Yadzan Mohammad (Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Perak)
Mohd Fahrizal Datuk Hassan (Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang)


Wanita:
Roslina Idrus
Normala Md Yusof
Tengku Ellie Badariah Tunku Ahmad
Prof Dr. Rajeswari Nadaraja
Datin Malianah Ugau
Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad
Normala Rashid
Siti Suhaila Mohd Johari
Ee Hong

Gambar Sekitar Kunjungan MB Kelantan Melawat YB Nozula















Kita doakan agar yb nozula cepat sembuh dan sihat. Serta yb sekeluarga tabah di atas dugaan ini.

MP Langkawi: Karpal Singh Seperti Abu Lahab?



Ni kata-kata yang diambil dari fb ahli parlimen langkawi.

Kesian la orang langkawi, ada ahli parlimen bangkai macam ni.

Ngeri! Sebuah Bas Kemalangan Di LPT Menuju KL





Musim kemalangan melibatkan bas ekspress.

Sila berhati-hati kepada semua.

Kelantan Menentang Sarawak. Peminat Solat Maghrib Berjemaah

April 18, 2014



Alhamdulillah, bola bola juga tapi arahan dan suruhan allah tidak dilupakan.

Wasiat Dr Mursi kepada Rakyat



[Wasiat Dr Mursi kepada Rakyat]

Anak kepada Dr Mursi menulis di laman FBnya :

"Aku telah berjumpa dengan ayahku di mahkamah hari ini, beliau berada dalam keadaan amat sihat dan kuat, beliau telah menyampaikan 3 wasiat kepada rakyat Mesir melaluiku :

1- JANGAN KAMU SESEKALI MENGIKTIRAF KUDETA

2- JANGAN KAMU BERUNDUR DARI MELAKUKAN DEMONSTRASI/BANTAHAN

3- TIADA TUKAR GANTI SOAL DARAH

Empat komponen BN bantah hudud



KUALA LUMPUR - Empat parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) hari ini sebulat suara menegaskan bantahan mereka terhadap rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Dalam sidang media bersama di Wisma MCA di sini, pemimpin keempat-empat parti itu berkata langkah tersebut tidak mengikut perlembagaan dan akan menjejaskan masa depan negara.

Mereka mengingatkan langkah itu jika diluluskan, akan mendorong Pas menuntut pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi melaksanakan hudud di peringkat negara.

"Jika sistem kehakiman mempunyai dua set undang-undang jenayah, ia akan mencetuskan kekalutan (imbroglio) perlembagaan. Ringkasnya, tidak boleh berpatah balik lagi," kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika membaca kenyataan bersama mengenai isu itu.

Turut hadir ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Naib Presiden LDP, Chin Shu Ying.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini mengumumkan Pas Kelantan akan membawa usul di Parlimen, seawal-awalnya Jun ini, bagi memohon kebenaran melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

Walaupun hanya mempunyai sembilan wakil di Parlimen (MCA tujuh dan masing-masing seorang daripada Gerakan dan SUPP), pemimpin keempat-empat parti itu berkata mereka akan melakukan segala yang terdaya bagi menghalang perkara berkenaan.

Tiong Lai berkata, DAP yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen terbanyak dalam kalangan pembangkang sepatutnya memainkan peranan menghentikan Pas daripada meneruskan rancangannya.

"Jika mereka tidak boleh berbuat demikian, saya fikir mereka wajar meninggalkan pakatan pembangkang," katanya.- Bernama

Gambar Ahli Keluarga Dan Sahabat Handai Melawat Mendiang Karpal Singh Malam ni

April 17, 2014















Salam takziah buat ahli keluarga mendiang karpal singh.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.