ISLAMLAH, NESCAYA KAMU SELAMAT!



Semasa Allahyarham Tok Guru merasmikan Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan pada Oktober 2012, beliau berkali-kali bertegas agar jangan kerana isu semasa masyarakat Islam termasuk orang Melayu berpecah. Ujar beliau:

"Kita ajak orang Melayu supaya balik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam dalam segenap perkara, ertinya kita sudah terlajak. Apabila kita terlajak, kita jadi hilang kepercayaan kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada Al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada Allah, ini cukup bahaya!”

Hanya istiqamah dengan perjuangan Islam sahaja akan menyelamatkan aqidah umat Islam daripada dipesong oleh pemikiran dan saraf jahiliyah pada hari ini. Peganti kepada Tok Guru, yang juga merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan kini, turut menegaskan dalam ucapan beliau di Multaqa Ulama tahun 2015:

"Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu dan persoalan semasa sebagai landasan utama untuk kita berjuang akan tetapi persoalan aqidah adalah teras dan dasar perjuangan PAS".

Dalam menghadapi situasi politik negara yang tidak menentu pada hari ini, mereka yang berpegang kepada asas dan dasar Islam akan selamat sementara yang bergantung kepada selainnya akan sesat!

~ Asri ed-Diwanie

No comments

Powered by Blogger.