News Update :

Teresa Kok Bertanya, TG Haji Hadi Jawab

March 31, 2016



Teresa Kok bertanya kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang, "Kami penganut Kristian menganggap Tuhan adalah bapa. Mana mungkin kasih sayang si bapa sanggup menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas anak-anaknya (baca hamba)?"

Antara jawapan spontan Tuan Guru adalah "Kasih sayang Allah kepada hambanya lebih hebat dari kasih bapa kepada anaknya... Jika seseorang sakit. Demi menyelamatkan nyawanya, pakar perubatan menetapkan perlu dipotong sebahagian anggota badannya. Adakah doktor itu boleh ditohmah sebagai zalim dan gila?"

Tambahan saya, bahkan si bapa yang kaya dengan kasih sayang sekalipun, tidak akan sanggup membedah anaknya yang sedang tenat.

Petikan dari kitab 'Syubuhat Wa Aqabat Haul Tatbiq al-Syariah Fi Malizya' (Kekeliruan dan Halangan Seputar Isu Perlaksanaan Syariat di Malaysia). Tulisan Tuan Guru Abdul Hadi cetakan 2004.

Kitab ini sedang dalam usaha diterjemahkan dari bahasa Arab ke Melayu dan ditambah hujah-hujah terkini oleh Tuan Guru.

Artikel berkaitan AGAMA

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.