KEJOHANAN SNOOKER PIALA KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA



KEJOHANAN SNOOKER PIALA KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Sehari dua ni pelbagai perbincangan mengenai Kejohanan Snooker Piala Ketua Pemuda PAS Malaysia anjuran Department of Arts, Culture and Sports (DACS), Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Untuk makluman semua, program ini dibincang secara panjang lebar dalam Mesyuarat Penuh DPPM bulan Februari lepas. Perkara pertama yang dibincang ialah apa pandangan dan hukum agama mengenainya. Ahamdulillah ahli-ahli agama dalam Exco DPPM memberikan pandangan berdasarkan nas-nas dan dalil-dalil.

Selepas jelas pandangan agama mengenainya, kemudian kita bincang pula pro dan kontra dari persepsi politik yang akan wujud dan sebagainya. Justifikasi yang diberi oleh Pengarah DACS, Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin ialah untuk DPPM menarik 'untapped' segmen pemuda untuk mendekati PAS selari dengan tema PAS Untuk Semua. PAS For All!

Kita juga akan memastikan program adalah syariah-compliant; antaranya berhenti bila masuk waktu solat dan solat berjamaah, tazkirah tentang indahnya Islam dan perlunya bersama perjuangan Islam, selain dipastikan tiada unsur-unsur minuman keras, suasana yang boleh menimbulkan fitnah dan tiadanya elemen perjudian.

Selepas semua memberi pandangan, Ketua Pemuda Ustaz Nik Mohamad Abduh membuat keputusan program diluluskan. Bahkan dinyatakan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah merasmikan Kejohanan Snooker di Kelantan suatu masa dahulu!

Selepas program diluluskan maka tiba giliran saya selaku Bendahari DPPM untuk mencadangkan jumlah kewangan diluluskan untuk program tersebut. Akhirnya kita bersetuju meluluskan RM3,500 untuk program tersebut. Maka suka untuk saya nyatakan bahawa wang hadiah sebanyak RM2,400 sepertimana tertera di dalam poster adalah disediakan sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Tiada unsur gharar dan judi dalam penganjuran ini. Yuran yang dikenakan adalah untuk menguruskan hal-hal berkaitan penganjuran seperti sewaan tempat, peralatan dll. DPPM maklum akan hukum-hakam berkaitan. Khair in shaa Allah.

Jazakumullahu khairal jaza' atas sokongan dan pemahaman semua.

Sahabat kalian,
Muhtar Suhaili As-Sarawaki
Bendahari DPPM

#KamiPemudaPAS
#OrangMudaGengKita
#BudayaPolitikMatangDanSejahtera
#MempersiapGenerasiKemenangan
#BeristiqamahHinggaKemenangan

No comments

Powered by Blogger.