Kenapa tiba-tiba Lim Kit Siang mahu berdamai dan mahu jalin kerjasama dengan PAS?

Kenapa tiba-tiba Lim Kit Siang mahu berdamai dan mahu jalin kerjasama dengan PAS?

Bukankah sebelum ini DAP yang memutuskan hubungan dengan PAS? Menyerang dan bantu untuk menjatuhkan Presiden PAS?

Kit Siang sanggup berbuat demikian atas beberapa sebab. Beliau adalah penggerak utama DAP dan tajam bacaan politiknya setelah berkecimpung dalam politik Malaysia sejak 60an lagi.

Kit Siang tidak melutut, saya tidak gemar istilah itu.

Kit Siang sebenarnya sedar dan tahu akan kekuatan partinya.

Beliau telah berjaya mengenggam kuat sokomgan pengundi Cina khasnya sejak 2008 dan tahu genggaman itu tidak mudah terlepas.

Namun dengan kekuatan itu semata-mata rancangan politiknya untuk kekal berkuasa di Selangor dan menguasai pula negeri-negeri lain termasuk Perak, N.Sembilan, Johor dan malah merampas Putrajaya tidak akan kesampaian.

Dengan kekuatan itu DAP sekadar berpuas-hati dengan P.Pinang sedang agenda politik DAP hari ini lebih luas dari itu.

Kerana itu sebuah parti politik Melayu perlu dilibatkan untuk melonjakkan kuasa politik DAP sehingga sampai ke puncaknya.

Dengan PKR semata-mata DAP belum berapa yakin apatah lagi Pan suatu malapetaka besar buatnya. Pan setelah lebih setahun diperanakkan sehingga hari ini masih merangkak tanpa boleh berjalan sendiri.

Pan adalah kesilapan besar politik DAP dan kini ia mahu bergerak ke hadapan tanpa mengharap apa-apa dari parti nyamuk itu.

Bersatu pula masih belum diuji dan DAP sendiri sedar kekuatan parti baru itu sangat terbatas.

Satu-satunya parti yang mampu mengancam kekuatan Umno, yang berdisiplin dan jenteranya kuat dan menyeluruh adalah PAS.

DAP, PKR dan Bersatu sedar hakikat ini kerana itu PAS perlu dilibatkan dan kerana itu Kit Siang menghulurkan tangannya.

(Sambungan - ikuti ruangan Menerjang Badai HARAKAH edisi akan datang)

BELI HARAKAH UNTUK MENYUNTIK KEKUATAN BUAT PAS

ROSLAN SMS

No comments

Powered by Blogger.