SYEIKH HASSAN AL BANNA : ULAMA SUFI, MUJADID UNGGUL & PENGASAS IKHWANUL MUSLIMIN



SYEIKH HASSAN AL BANNA : ULAMA SUFI, MUJADID UNGGUL & PENGASAS IKHWANUL MUSLIMIN

Syeikh Hassan Al Banna yang dilahirkan pada tahun 1906 adalah seorang ulama sufi kelahiran Mesir yang juga merupakan pengasas sebuah gerakan Islam iaitu Ikhwanul Muslimin . Beliau berakidah Asya’irah wal Maturidiah dan bermazhab Syafie. Akhlak dan budi pekerti yang tinggi serta jasa2nya yang sangat besar dalam dakwah menyebabkan beliau sangat dihormati & disayangi di Mesir.

Syeikh Hassan Al Banna adalah seorang ulama pengamal tarekat Syadziliyah dari cabang Hasafiah. Beliau telah berguru & menerima amalan2nya dari mursyid tarekat tersebut iaitu Syeikh Abdul Wahab Al Hasafi.

Ayahnya yang bernama Syeikh Ahmad bin Abdur Rahman Al Banna As Sa’ati juga seorang ulama sufi & ulama hadith yang masyhur. Antara kitab yang masyhur berkaitan ilmu hadith karangannya ialah الفتح الرباني في ترتيب مسند الامام أحمد .Syeikh Ahmad juga pernah menulis buku tentang dalil2 amalan zikir Wazifah Zuruqiyah, amalan rutin dalam tarekat Hasafiah Syadziliyah yang menurutnya hampir kesemuanya bersandarkan pada hadith2 yang sahih. Buku tersebut bertajuk تنوير الأفئدة الزكية بذكر أدلة الوظيفة الزروقية (Suluhan Hati Suci Dengan Dalil2 Zikir Wazifah Az Zuruqiah)

Pada Syeikh Hassan Al Banna, gandingan ilmu, tasawuf & siasah/haraki melahirkan natijah pejuangan yang hebat. Syeikh Hassan Al Banna pernah berkata seperti berikut:-

“Jika dengan kehendak Allah, kekuatan ilmu Universiti Al Azhar bersatu dengan kekuatan rohani tarekat ini, serta kekuatan amali gerakan Islam, sudah tentu umat ini akan menjadi hebat. Umat ini akan mengarah, bukan lagi diarah. Umat ini akan meneraju, bukan lagi diteraju. Umat ini akan mempengaruhi bangsa lain, bukan lagi dipengaruhi. Umat ini akan membimbing manusia yangsesat ke jalan yang benar”

Antara kehebatan Syeikh Hassan Al Banna ialah beliau telah menjalankan usaha dakwah di kedai2 kopi yang mana beliau dapat menarik ramai pemuda untuk minat pada Islam. Kejatuhan Daulah Uthmaniyah pada tahun 1924 sangat memberi kesan pada Syeikh Hassan Al Banna.

Maka pada tahun 1938, Syeikh Hassan Al Banna bersama 6 orang sahabatnya telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin yang bertujuan untuk mempertahankan akidah & tanah air umat Islam dari dirobek2 penjajah barat & kuncu2nya. Sejak penubuhan Ikhwanul Muslimin, pengaruh Syeikh Hassan Al Banna sangat besar di Mesir sehingga membimbangkan pihak istana.

Pada tahun 1948, Syeikh Hassan Al Banna telah menghantar sebatalion pasukan tentera yang terdiri dari ahli Ikhwanul Muslimin ke Palestin untuk berperang melawan Zionist dan ternyata tentera Zionist mengalami kekalahan. Seorang Jeneral Yahudi Zionist berkata:

“Seandainya mereka memberikanku satu batalion tentera Ikhwanul Muslimin, maka dengan pasukan tersebut aku pasti akan mampu menakluki dunia.”

Tidak lama setelah pengutusan tentera Ikhwanul Muslimin ke Palestin, Syeikh Hassan Al Banna syahid ditembak pada awal tahun 1949 oleh orang2 suruhan Raja Farouk, Raja Mesir yang dipengaruhi Inggeris. Antara anak murid Syeikh Hassan Al Banna yang masyhur ialah Syeikh Mutawalli Sya’rawi, Dr Mustafa As Siba’i, Dr Abdul Qadir Audah & Dr Yusuf Al Qaradhawi. Kehebatan perjuangannya melayakkan beliau mendapat gelaran mujadid yang unggul abad ke-20.

Hasanuddin Yusof
Maktab Peyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

No comments

Powered by Blogger.