News Update :

UGO UKAH SUMBER KEKUATAN SELANGOR

January 24, 2017



UGO UKAH SUMBER KEKUATAN SELANGOR

Walaupun berdepan kemelut dalaman yang belum selesai dan pemain utama berhijrah ke pasukan baharu, Selangor masih mampu mencatat kemenangan 2-0 keatas Pulau Pinang dalam perlawanan pembukaan.

Antara kekuatan yang kami perhatikan dalam perlawanan tersebut, adalah tonggak pertahanan importnya, Ugo Ukah.

Bekas pemain Queens Park Rangers (QPR) ini cukup lantang di dalam padang dan memain peranan penting meniup semangat rakan sepasukan.

Gol pertama Selangor berpunca bola muntah hasil tandukan Ukah yang gagal didakap kemas penjaga gol P.Pinang, Syed Adney. Sebelum ia disudahkan Adam Norazlin.

Untuk rekod, tahun lepas, ketika Selangor bertemu Sarawak Ukah bergaduh dengan rakan sepasukan, Bunyamin Omar. Bagaimanapun ia dapat diselesaikan secara baik.

5 perkara yang kami boleh simpulkan berkenaan Ukah:
1. Lantang di dalam padang
2. Agresif terhadap lawan
3. Pertahanan yang berjiwa menyerang
4. Semangat yang disebarkan
5. Bermain sepenuh jiwa

#Selangor #UgoUkah #MSL2017 #LigaSuper

Artikel berkaitan bola sepak ,SUKAN

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.