PPSMI: Hisham terima cabaran berdebat- malaysiakini

Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyambut cabaran Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub untuk berdebat mengenai isu pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)."Kalau dari penggubalan dasar, kita boleh berdebat, tidak ada masalah," kata Hishamudin selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibunegara pagi ini.

hishammuddin hussein ppsmi languanges debate issue 260209 02Bagaimanapun, tambahnya, lebih baik sekiranya PAS mengemukakan cadangan untuk diambil kira oleh kerajaan.

Mengulas lanjut pertikaian berpanjangan terhadap dasar itu, Hishammuddin mendakwa "ada pihak tertentu yang cuba menghangatkan suasana".

"Sekiranya di Parlimen Karpal Singh kata Pemuda (Umno) celaka. Berhubung, PPSMI, Abdul Hadi berkata pihak yang menyokong dasar ini celaka.

"Dalam keadaan sebegitu, saya orang politik, saya boleh terima. Bagaimana dengan orang biasa yang menyokong dasar ini? Adakah mereka ini dicelakakan?" soal Hishamudin.

1 comment

ibrahim ujar said...

Orang biasa yang sokong PPSMi ni adalah orang yang menjatuhkan bahasa Melayu, sememangnya mereka ini juga dipanggil CELAKA

Powered by Blogger.