Rasis, boros bukan wasatiyyah
Oleh ABDUL SHUKUR HARUN
MEMANG lidah tidak bertulang; mulut mampu menuturkan apa saja termasuk istilah-istilah murni dan mulia yang ada di dalam al-Quran seperti ‘wasatiyyah’.
Pemimpin politik sekular adalah antara penutur istilahistilah hebat ini demi untuk kepentingan dan kelangsungan politik mereka. Iaitu, kononnya, konsep politik mereka berlandaskan istilah di dalam al-Quran itu.
Demikianlah mereka bertemu dengan istilah ‘wasatiyyah’ yang bermakna pertengahan, kesederhanaan, yang disebut di dalam Surah Al-Baqarah ayat 143, untuk menyatakan bahawa umat Islam ini adalah umat pertengahan, umat yang mengamalkan kesederhanaan, menjadi saksi dan mengadili manusia, menjadi penggerak utama dalam menuju kebaikan.
Ini natijah konsep wasatiyyah yang dihuraikan di dalam al- Quran, menurut mufassirin. Sebab itu konsep wasatiyyah mestilah dimanifestasikan dalam semua bidang kehidupan – politik, ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk urusan pentadbiran negara. Wasatiyyah tidak boleh sekadar menjadi ungkapan dan retorika.
Umat Islam berkewajipan melaksanakan sepenuhnya dalam semua amalan kehidupan, termasuk dalam menguruskan negara.
Amalan politik perkauman, pemahaman agama yang sempit, rasuah, boros, penyelewengan, tipu daya, manipulasi dan segala yang mungkar sama sekali bertentangan konsep wasatiyyah.
Wasatiyyah menolak pendekatan keras dan zalim, salah guna kuasa, melanggar batas-batas kemanusiaan, bertindak secara tidak manusiawi – walaupun terhadap musuh politik sendiri. Contoh pendekatan wasatiyyah telah diamalkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat sepanjang kehidupan mereka.
Sirah Nabi s.a.w. itu menyerlahkan kehebatan konsep wasatiyyah itu. Ia menawarkan pendekatan santun, ramah dan persuasif, kerana umat wasat (tengah) memiliki pengertian umat yang adil dan seimbang.
Namun setelah lebih 1400 tahun generasi pertama Islam pimpinan Nabi s.a.w. itu meninggalkan kita, sekian banyak muncul pemerintahan zalim, yang derhaka kepada Allah, yang mendera dan membunuh umat Islam sendiri di pelbagai belahan dunia termasuk di negara Arab, bahkan di Nusantara ini sendiri sepanjang sejarahnya.
Bekas Setiausaha Agung PBB, Boutrous-Boutrous Ghali pernah berkata, bahawa, “Pemerintah negara umat Islam jauh lebih banyak membunuh dan mendera umat Islam, berbanding dengan negara yang diperintah oleh bukan umat Islam.” Beliau merujuk kepada pemerintahan zalim, khususnya di negara Arab sendiri dan di tempat lain juga.
Seperti dikatakan, pemerintahan yang tenggelam dalam kancah rasuah, pemborosan, memfitnah, hidup bermewah-mewah, melakukan penyelewengan, menyalahgunakan kuasa, sebenarnya menentang konsep wasatiyyah. Golongan ini sewajarnya merasa malu untuk bercakap bahawa mereka melakukan pendekatan wasatiyyah.
Demikian juga golongan yang meneriakkan fahaman perkauman dan fahaman agama yang sempit, yang tidak langsung membuka ruang dialog dan berhubung dengan penganut agama lain.
Padahal semua itu dibenarkan oleh Islam – tanpa berkompromi dengan dasar asas Islam seperti yang pernah diperlihatkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat dalam sejarahnya. Sikap golongan ini juga bertentangan dengan sifat wasatiyyah.
Seperti apa yang kita saksikan sekarang, menjelang PRU13, jeritan dan perlakuan perkauman semakin nyaring dan sangat menakutkan. Suasana seperti ini tentu saja bertentangan dengan sifat wasatiyyah, lebih-lebih lagi sifat rasis ini sama sekali bertentangan dengan Islam, malah Nabi s.a.w. pernah menegaskan bahawa, “Bukan daripada umatku, golongan yang menyeru kepada assabiyah (perkauman).” Oleh itu fahaman perkauman yang sempit jauh terpesong daripada sifat wasatiyyah justeru fahaman perkauman menuju kepada kezaliman.
Selain itu sikap boros, menunjuk-nunjuk kemewahan atau hidup bermewah-mewah dalam apa bentuk pun, sangat bertentangan dengan wasatiyyah, justeru amalan Islam sentiasa bersederhana dan sangat peduli golongan bawahan dan miskin.
Apa yang dilihat jelas di negara kita sekarang ialah pemimpin yang menunjukkan sikap bermewah-mewah dalam serbaserbi kehidupan, sehingga rakyat bawahan menggelengkan kepala.
Amalan buruk ini sangat jauh dengan sifat wasatiyyah.
Pengertian yang luas mengenai wasatiyyah seperti dalam Surah Al-Baqarah, ayat 143 ialah, “Demikianlah pula Kami telah jadikan kamu (umat Islam) satu umat yang adil (pertengahan), supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan supaya Rasul Allah menjadi saksi kepada kamu.”
Ayat ini bermaksud, umat Islam sentiasa berada di tengahtengah, menjadi penggerak keadilan. Konsep ini sangat mulia dan murni, ia sama sekali tidak boleh disalah erti untuk pelbagai kepentingan, khususnya kepentingan politik.
Politik Islam, seperti yang diajar oleh Nabi s.a.w. adalah politik berasaskan keadilan untuk semua manusia, tolak ansur dan segalanya. Dari politik Islam terpancar juga kerjasama dengan orang bukan Islam – dalam batasbatas yang tidak berkompromi dengan akidah umat.
Sebab itu, PAS sebagai parti politik Islam yang dinamik dan terbuka melakukan tahalufsiyasi, atau kesepakatan politik dengan parti lain di negara ini. Ia telah diperakui oleh Majlis Syura Ulama dan diluluskan oleh tiga Muktamar Tahunan PAS.
Tahaluf-siasi ini adalah manifestasi sikap wasatiyyah yang diamalkan oleh PAS, menjambatani hubungan dengan dengan parti-parti lain yang dinamakan ‘Pakatan Rakyat’.
Hasilnya PAS dapat berinteraksi dan menebarkan dakwah lebih luas kepada non-Muslim yang mendukung Pakatan Rakyat, malah mereka yang berminat untuk mengenal tasawur Islam dengan segala keadilannya.
Inilah antara kejayaan pendekatan wasatiyyah yang dilakukan oleh PAS. Walaupun ada pandangan yang keliru oleh sesetengah pihak, malah difitnah oleh musuhnya, kononnya PAS tidak lagi memperjuangkan Islam, mereka yang mendalam pengetahuan Islamnya, memiliki kewarasan dan bersikap terbuka, nescaya mendapati bahawa pendekatan wasatiyyah PAS ini, dengan izin Allah, telah berjaya.

No comments
Post a Comment