Liga Juara-Juara: Bayern Munich mara ke final, Neuer muncul wira halang sepakan penalti bintang Real Madrid

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2FtTs_fDu-gcVu75PjcPJZ2hL10_pfGJIgVkiM09erhWivIINVCwGbqx-_-3GOb_fCDYOXivfqDG3GjePUZiHGwoRSEHpayu8_xuWpkEZ9lTOT6f6v-a578B4jfS9P93b_YzVkmMg/s1600/bayern-beat-madrid-cristiano-ronaldo.jpg
Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer menampan sepakan penalti Cristiano Ronaldo pada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu, Madrid, awal pagi tadi.

MADRID: Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer muncul wira selepas membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dengan menundukkan Real Madrid 3-1 menerusi sepakan penalti, awal pagi tadi.

Beliau yang juga penjaga gol utama pasukan kebangsaan Jerman berjaya menghalang dua sepakan penalti awal pasukan tuan rumah yang masing-masing diambil oleh Cristiano Ronaldo dan Kaka.

Sepakan penalti kemenangan Bayern Munich berjaya disempurnakan Bastian Schweinsteiger apabila Sergio Ramos merembat tinggi sepakan yang diambil sebelumnya.

Sementara itu, pada awal babak pertama perlawanan, Ronaldo menjaringkan dua gol, tetapi hasrat pasukan bimbingan untuk ke perlawanan akhir kelihatan samar apabila Arjen Robben berjaya menjaringkan satu gol sebelum tamat babak pertama.

Bayern Munich akan bertemu Chelsea dalam perlawanan akhir yang akan diadakan pada 19 Mei depan di gelanggang sendiri Allianz Arena, Munich. -AFP

No comments

Powered by Blogger.