Akhirnya Najib Umum Wakil Umno Sebagai Calon Ketua Menteri P. Pinang
SU Agung Gerakan Pengerusi BN Pulau Pinang baru
NIBONG TEBAL - Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggantikan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Beliau berkata, pelantikan bekas Exco Kerajaan Negeri itu, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar berkuat kuasa hari ini.
"Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.
"Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya.
Najib membuat pengumuman itu dalam ucapan pada majlis perjumpaan dengan anggota jentera pilihan raya pusat daerah mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.
Pada November lalu, Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.
No comments
Post a Comment