Isu Pelajar Terjatuh Dari Bangunan UPSI: Harap Sinar Harian Online Jangan Buat Cerita Yang Melulu!
Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan
Amrullah Abdul Karim
[TERKINI 1.35 PAGI] TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.
Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.
"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.
"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.
Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.
Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.
"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.
Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.
Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."
"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.
Seorang Pelajar UPSI Terus Memberi Respon
Halimi Abdul Hadi · Subscribe · Tanjung Malim
Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)
Sumber : Seorang pensyarah FSKIK..Encik Salman Firdaus Sidek
No comments
Post a Comment