Kelantan jalinkan hubungan erat dengan negara Iran

http://img6.imageshack.us/img6/1183/kelantaniran5.jpg
http://img560.imageshack.us/img560/6813/kelantaniran4.jpg

Kota Bharu – Kelantan mencatat sejarah sebagai satu satunya negeri di Malaysia yang menjalinkan hubungan erat dengan Negara Iran di dalam pelbagai bidang khususnya hubungan dagang, pembangunan ekonomi dan perkongsian teknologi.

Mohammad Hossein Mousapour, Gabenor Wilayah Qom, Iran membuat lawatan rasmi ke negeri Kelantan.

Rombongan dari kerajaan Iran ini membuat kunjungan hormat bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, melawat pelbagai tempat di sekitar negeri Kelantan serta bermesyuarat dengan YB Dato Husam Musa (Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan) serta anak syarikat kerajaan negeri untuk eksplorasi dan hubungan dagang.

Rombongan dari kerajaan Iran ini juga amat tertarik dengan keupayaan kepimpinan negeri Kelantan mentadbir dan memajukan negeri ini di bawah dasar membangun bersama Islam. Pelbagai usaha sama di antara wilayah Qom, Iran dan Negeri Kelantan bakal diadakan dengan perjanjian usahasama (M.O.U) di antara anak syarikat kerajaan negeri Kelantan dengan Kerajaan Iran.

Produk dari bumi Kelantan seperti dinar emas keluaran Kelantan golden trade, minyak sawit dan getah keluaran PMBK Sawit dan projek pembangunan Bandar baru tunjong menarik perhatian kerajaan Iran

Gabenor Wilayah Qom bahawa Kelantan menarik pehatian iran. ‘ Kelantan would have a home in Iran”. Kerajaan Iran bersedia membantu Kelantan di dalam pelbagai bidang , pelbagai teknologi tinggi dari Iran akan dibawa masuk ke Kelantan. Ekspo Perdagangan Antarabangsa Iran – Kelantan bakal diadakan di dalam tahun 2012 ini. Wilayah Qom terkenal dengan kewujudan banyak institusi pengajian tinggi dan pusat industri teknologi tinggi di Iran. Kelantan dan Iran mempunyai pelbagai satu persamaan . Gabenor Wilayah Qom menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan ibarat adik kepada Kerajaan Iran.

Selain dari Kelantan, Wilayah Qom , Iran juga menjalinkan hubungan erat dengan pelbagai negara, seperti Singapura, Indonesia,Jepun, China, negara negara Eropah dan lain-lain. contoh: www.news.gov.sg/public/sgpc/en/media_releases/agencies/mfa/press_release/P-20101106-1

Nota Ringkas Kenyataan Media YB Dato’ Haji Husam Musa:



1. Wilayah Qom di Iran bukan sahaja terkenal sebagai pusat pengembangan ilmu-ilmu Islam tetapi ia juga merupakan pusat Perusahaan dan Industri.

2. Kelantan akan menganjurkan Iranian Cultural Expo (Expo Kebudayaan Iran) pada akhir Mei 2012. Kerajaan Iran akan membawa semua produk Iran ke Kelantan termasuk Islamic multimedia seperti video game (permainan video) berunsurkan Islam, filem animasi dan produk-produk lain. Sehingga kini Iran telah menghasilkan lebih 300 filem animasi. Iran juga telah menyudahkan sebanyak 24 siri tentang kehidupan nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ia akan ditayangkan dalam expo kebudayaan Iran nanti di Kelantan sebagai tarikan.

3. Perbincangan antara Kerajaan negeri Kelantan dan Iran juga telah bersetuju membawa teknologi motorsikal daripada Iran dengan permulaannya menyediakan kilang pemasangan motorsikal di sini. Motorsikal dengan teknologi Iran ini akan memberikan peluang kepada rakyat untuk memiliki motorsikal dengan harga yang lebih murah.

4. Kerjasama dalam pemprosesan simen antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan iran telah dipersetujui. Langkah terdekat adalah dengan menjemput wakil dari Iran untuk membuat kajian di negeri ini dan ianya juga telah dipersetujui.

5. Kerajaan Iran juga amat berminat dalam mata wang Syariah Dinar dan Dirham Kelantan dan akan berkerjasama dengan kerajaan dalam menggunakan Dinar dan Dirham sebagai mata wang. Iran juga berharap agar suatu hari nanti Dinar dan Dirham akan digunakan sebagai mata wang di negara Islam yang lain. Ini memberikan persepsi baru bahawa Kelantan tidak lagi bersendirian dalam perjuangan matawang Syariah ini.

6. Kerajaan negeri akan menghantar 30 orang belia dari negeri ini ke Iran bagi mempelajari teknologi animasi dan multimedia kerana Iran amat terkehadapan dalam teknologi ini ditambah dengan kombinasi unsur-unsur Islam. Penghantaran dicadangkan dalam masa terdekat.

No comments

Powered by Blogger.