Menjelaskan ‘Kekeliruan Atas Kekeliruan Pemikiran Dr Dzul!



Menjelaskan Kekeliruan Atas Kekeliruan (Tahaafut At-Tahaafut) Al-Faqeeh!

Ya, penulisan tentang ‘kekeliruan dr dzul’ tulisan Ustaz Zaharuddin Mohammad dalam blog Al-Faqeeh, akhirnya saya terbit juga. Ada kawan-kawan kata tak payah layan sementara ada yang gesa saya segera jawab kerana pelbagai tuduhan telah dibuat di ruang umum atau ‘public space’.

Sebagai seorang yang kerap memanggil dirinya ‘Demokrat Islam’ dan menghargai percambahan ide dan perbezaan pandangan, saya tentunya tidak akan keberatan dan tidak akan jauhi ‘engagement’ seperti ini.

Namun, berdepan dengan pertarungan getir pilihanraya umum (PRU) ke-13 ini, pendukung gerakan Islam wajar tahu apakah keutamaannya. Keperluan penerangan besar-besaran dalam PRU ini menuntut tenaga yang cukup untuk berdepan serangan media Umno-BN dan kuncu-kuncu NGOnya Perkasa dan Jati et al. Tenaga ulama, professional dan aktivis seluruhnya. Bukankah seorang faqih sewajarnya, (tambahan kalau Al-Faqeeh ), wajar tahu tuntutan “Takdiim Ahammu Minal Muhim” : ‘mendahulukan yang ‘lebih penting’ dari yang penting-penting’.

Percambahan ide, melalui debat, seminar mahupun ‘polimik’ tentunya ada baiknya. Namun Al-Faqeeh mesti sedar dalam positifnya ‘polimik’ ini ada sisi negatifnya. Ketika semua tenaga dan sumber sepatutnya dihala kepada seteru politik, saya terpaksa mengambil waktu untuk menangani kemelut ‘polimik’ baru ini pula. Tambahan, tentunya akan memakan masa dan takut-takutnya tidak akan ada kesudahannya.

Tak perlu di ingatkan betapa RasulAllah (saw) ketika berdepan ‘musuh dan seteru’ dari beberapa penjuru, mengadakan ‘hudnah dan suluh’ (ceasefire and treaty) dengan musuh tertentu untuk mendepani musuh tertentu. Dalam bahasa strategi, anda bijak menyusun prioriti dan ’pilih peperangan’ yang hendak anda hadapi (you fight the battle you choose).
Pun begitu, setelah membaca penulisan yang panjang lebar itu dengan ‘alasan-alasan’ beliau untuk ‘menjernihkan’ pemikiran ahli PAS katanya, saya rasa terpanggil untuk sekadar menjawab ringkas sahaja asalnya. Tetapi panjang juga akhirnya. Maaf ya.

Tentunya saya tidak akan guna uslub ‘nasihat’ saja, walau pun ada yang bercadang demikian. Tidak wajar seorang yang mengajak saya berwacana, saya respons dengan memberi nasihat akan apa jua ‘kesilapan’nya. Dari penulisan beliau, Al-Faqeeh cuba menghormati saya pada kadar yang menasabah dan ‘tahiyyah’nya (salutation) baik. Bermujaamalah (diplomasi) atau tidak, saya kurang periksa. Saya hanya nilai yang zahir dari penulisan.
Maka saya pilih pendekatan analitikal yang tentunya kritis. Seperti saya sabar membaca penulisan beliau, saya juga harap beliau dan semua yang lain yang mengikuti ‘polimik dan wacana’ ini akan bersabar membaca respons ini. Seandainya ada unsur nasihat atau ‘at-tawwasi’ ia satu yang berkebetulan sahaja.

Lebih penting, disebalik semua itu, ada perbezaan pandangan dan ide yang ‘nyata dan menonjol’ yang perlu di’perdebatkan’ bukan sekadar di’polimikkan’ yang menuntut ‘ruang perdebatan’ sihat dan pendengar atau ‘audience’ yang mahu mengikuti ‘wacana’ ini.

Saya sedar bahawa akhirnya akan ada juga yang menyimpulkan (ketika telah berbalas- berbahas panjang lebar nanti, wal iyyazubilLahi min zalik), buang masa aku saja. Terlintas di benak hati tentang ‘polimik agung’ ‘Tahaafut at-Tahaafut’ (Incoherence of the Incoherence) Ibn Rush terhadap Tahafut Al-Falaasifah’ karangan Imam Ghazali. Tentunya tidak ada tolok bandingnya, tetapi di segi masa…..

Dalam ‘pasaran bebas ide’, sifat tasaamuh (toleransi) dalam mendengar pandangan yang berbeza adalah penting. Jangan kita cepat mengkritik pandangan orang lain tetapi sangat ‘ekstreme’ (syadid) ketika pandangan balas diutarakan pihak lain yang berbeda pendirian.

Satu permintaan saya dari awal. Kalau Al-Faqeeh bermewah menghukum saya dengan pelbagai ‘label’ dan menjatuhkan hukuman ‘salah, pelik, keliru, tak selari dan bercanggah dengan..’ maka bersedia menerima kritikan balas saya.
Kerana ‘tajuk besar’ (bigger picture) ini, dari sisi pandang saya adalah lebih menarik, yakni bukan sekadar persoalan dan polimik ‘hudud’ tetapi pada hakikat menjenguk dan mencecah garis pemikiran ‘tajdid dan taghyir’, maka saya tidak nampak ia mudah untuk dirungkaikan secara tuntas dalam waktu yang singkat.

Kalau Al-Faqeeh dakwa pemikiran saya ini sejak dari awal lagi ‘mengelak dari menegaskan dasar parti’ telah beliau kesani (berat juga tu), antaranya seperti tulisan: “Perlaksanaan Islam: Pas Perlu Keluar Dari Kotak Lama”, tentunya wajar juga saya rakamkan bahawa pemikiran Al-Faqeeh ini dari pengamatan awal saya memang ‘tumpul’ dan ‘tidak berkembang’ di segi pemikiran ‘Tajdid wa Taghyir’(Perubahan dan Pembaharuan).

Beliau gagal menanggapi keseluruhan pemikiran saya dalam kerangka ‘Tajdid wa Taghyir’. Bayangkan kalaulah saya letakkan dalam sebuah penulisan khusus tentang jodol ini, seperti keberanian sahabat saya sdra Dr Mujahid Yusuf, maka pasti akan mengundang respons yang lebih ‘meriah’ lagi.

Akan tetapi buat penulisan ini, saya bataskan penghujjahan ini kepada menjawab beberapa perkara yang kurang tepat atau mudahnya silap (khatta’) di segi pelbagai tuduhan Al-Faqeeh terhadap agenda “Hentikan Polimik Hudud’ yang saya usahakan demi ‘menjelaskan’ lagi pertarungan sebenarnya ‘PAS Lawan Umno’ dalam PRU ke-13 ini.

Sejauh yang dapat saya cerapi dan tekuni, penulis membuat penulisan pertamanya dengan tidak berpandukan kepada Diskusi MobTV dalam tajuk “Hentikan Polimik Hudud – Let’s Talk (21 Ogos, 2012) dan juga tidak merujuk kepada penulisan saya ‘A Contest Beyond Hudud’ (dalam BI dalam The Edge, 11 Ogos dan on-line portal lain). Beliau sendiri mengakui akan hakikat ini se awal muqaddimahnya.
Ketika itu penulisan ‘Beyond Hudud’ saya masih belum di terjemah kepada BM (rujuk blog drdzul.com baru terbit).

Matlamat dan penghujjahan saya mudah. Kalau beliau telah dengar atau membaca dengan kefahaman yang betul, maka masakan beliau ‘serang’ saya juga dengan pelbagai dakwaan kecuali memang peribadi Al-Faqeeh ini punya tujuan lebih awal (premeditated) untuk ‘discredit’ serta tajrih-hujum (serang-lukakan) saya. Sekali lagi, saya hanya mampu menilai yang zahir dari penulisan.

Maka jelasnya dalam tulisan pertamanya, tidak ada sebutan yang merujuk kepada kedua-dua sumber asal saya tadi, kecuali sekadar sebutan dalam penulisan keduanya. Jadi jelasnya Masdar atau Sumbernya membuat ‘hukuman’ awalnya adalah Sinar Harian! Beliau dakwa terkejutnya apabila membaca Sinar Harian (23 Ogos); tentunya muka depan dan muka 2 edisi tersebut. Dari segi kesahihan sumber itu pun saya berhak untuk tak perlu jawab penulisan beliau.

Pemerhatian awal dulu. Sebelum mengulas lanjut, saya memerhatikan uslub dan kaedah ‘memanipulasi emosi’ dalam penghujjahannya . Dalam jurusan Falsafah pendekatan ini disebut sebagai ‘fallacious argument’ (satu cara berhujjah untuk ‘memomokkan’-‘stigmatise’), guna untuk menjatuhkan kredibiliti hujjah lawan. Beberapa contoh boleh diberikan. Al-Faqeeh menggunakan kaedah ini secara sedar atau pun tidak, saya tidak pasti. Perhatikan beberapa contoh berikut:

Menulis Al-Faqeeh: Pendekatan Dr Dzul kelihatan tidak jauh berbeza dengan UMNO dari sudut matlamat akhir. Kedua pihak ini mengatakan bahawa mereka bukan menolak hudud cuma tidak mahu lagi melaksanakan Islam dengan alasan-alasan tersendiri. Sekalipun alasannya berbeza, tetapi keduanya melahirkan natijah yang sama iatu Islam tidak perlu dilaksanakan ‘lagi’.

Ini uslub pemikiran Al-Faqeeh – satu ‘fallacy’ –satu kesilapan lazim (usual fault) dalam berfikir yang sengaja dilakukan ramai penulis (faulty reasoning). Lebih jelas lagi, kalau Umno itu salah, jahat dan taghut, maka ia wajar ditolak. Lalu kalau saya dapat di sama fikiran saya dengan Umno, maka pendirian saya juga wajar ditolak! Cubaannya untuk menyamakan pemikiran saya dengan Umno dibuat secara sedar dengan menggunakan kalimat ‘tidak jauh berbeza’ dengan Umno,walaupun di segi matlamat akhir.

Persoalannya ialah: Di manakah dalam Penulisan mahu pun Diskusi yang saya ‘tidak mahu lagi melaksanakan Islam dengan alasan-alasan tersendiri’ kecuali yang diterbitkan oleh SH? Dimana yang saya kata ‘Islam tidak perlu dilaksanakan lagi, kecuali dalam terbitan SH yang memaparkan ‘Belum Sampai Masa’? Kalimat siapa itu? Saya atau editor?

Seluruh penghujjahan saya dalam Diskusi adalah memajukan satu Uslub bagi ‘Memungkinkan Hudud terlaksana’ dengan merungkaikan (extricate) Hudud dari ‘dipolimik’ oleh pelbagai pihak partisan (khasnya MCA, DAP dan Umno. PAS secara langsung turut diheret akhirnya. Secara jelas telah saya tegaskan (dalam Diskusi dan penulisan) supaya JANGAN ada sesiapa pun yang mempertikaikan ‘credentials’ atau ‘bukti’ PAS yang telah selama berdekad memperjuangkan penegakan Syariah sehingga berjaya PAS mentaqninkan (mengundang-undangkan atau legislate) Enakmen Syariah 1993 (Kelantan ) dan 2003 di Terengganu. Tahap kini adalah perlaksanaan atau mentadbiqkan Enakmen.

Tindakan saya yang mahukan ‘Polimik Hudud’ ini dihentikan di tahap ‘polimik-perbahalan’ dan sebaliknya mengusulkan supaya Wacana ini diangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi yakni agenda “Untuk Seluruh Ummat” (baca dan dengar baik2), adalah kerana perhitungan ‘Risiko Tindakan’ (Ma’alat Al-Af’al) telah pun dilihat berlaku ke atas PAS. (Teori Fiqh Ma’alat Al-Af’al adalah cebisan pemikiran Imam Syatibi dalam kitabnya Al-Muwafaqat, yang menyinggung tentang peri-penting menilai dan mengunjur kesan baik buruk dalam perkataan dn perbuatan – khasnya penguasa-pemimpin).

Andainya berterusan berpolimik, dan dalam siri baru yang cetuskan secara tidak langsung oleh Ketua Pemuda PAS dengan Pengerusi DAP Karpal Singh itu, tentang hudud sebegini, PAS akan bakal menerima padahnya (mafsadah) khasnya kebrentakan dgn DAP, sementara untungnya di segi kejelasan dakwah dan siasahnya kita juga tidak akan dapat kerana polimik memang bukan pentas dan wahana untuk menerangkan perkara sepenting dan serumit ini.

Apa yang berlaku dan terus berlaku adalah bertambah silap-faham dan dakwa-dakwi parti politik lawan yang menangguk bagi mengeruhkan keadaan. Komunikasi berkesan dalam penerangan dakwah mesti mengambil jalan siasah yang bijak. Di sini juga Al-Faqeeh tidak menunjukkan beliau ‘savvy’ dakwah dan tidak juga ‘savvy’ siasah. Sandaran beliau kepada Timb Presiden adalah sangat ‘pragmatic’ dan nakal sebab saya sendiri mendapat penjelasan dari Hj Mat Sabu yang menegaskan bahawa ‘polimik hudud’ adalah agenda Umno yang sengaja dimainkan oleh Utusan, BH dan segala ruang media Umno-BN dalam on-line media social dan blog mereka bagi memecahbelah Pakatan dan mencetuskan rasa takut pelbagai pihak bukan Islam serta menghilangkan kepercayaan orang Melayu-Islam terhadap PAS yang kononnya tunduk kepada DAP.

Menulis Al-Faqeeh lagi: Politik Islam ialah politik yang bermatlamatkan dakwah bukan dakwah bermatlamatkan politik.
Bersangatan ‘keliru’ Al-Faqeeh kita ini. Bukan sahaja beliau ini nampaknya hanya belajar dari Kitab sahaja, bahkan yang dari kitab pun beliau tidak sandarkan betul2 dengan qaul siapa. Dari kecelaruan kalimat seperti inilah selalu kita dengar akan ‘polimik’ orang2 PAS pada setiap kekalahan dalam p-raya ketika post-mortem. Ada yang berhujjah kita bukan parti politik sementara ada yang menegaskan dan berhujjah ‘kita bukan badan dakwah semata2. Susah betul kalau ‘Pemikiran Dikotomi’ yang tidak berkembang ini menguasai golongan yang di harapkan menjadi ‘pemikir parti.

Susah hendak dirungkaikan kenyataan “Politik Islam ialah politik yang bermatlamatkan dakwah bukan dakwah bermatlamatkan politik”. Saya tak mahu berpolimik pula atas tajuk ini. Tapi jelas ia menggambar ‘kecelaruan-faudha’’. Mudahnya..setelah kita bersusah payah menerapkan pencerahan dan kefahaman (yakni Dakwah), maka untuk kita ambil menafaat kearah matlamat politik tak boleh pulak sebab ‘..bukan dakwah bermatlamatkan politik’..’pelik’. ‘Songsang tu’..bahkan seluruh 13 tahun Dakwah RasulAllah (saw), pada akhirnya mengizinkan dan menatajihkan Baginda membina satu pengkalan dan pemerintahan politik di Medinah di atas ‘Masdaqiyyah Ijtima’iyyah’ (Mandat rakyat-sokongan masyrakat)! Ini bersangkut kefahaman Taghyir…belumlagi aspek Tajdid dalam Waqi’ (reality) terkini dan kontemporari lagi tu.

Al-Faqeeh kena mengaji sedikit lagi dalam usrah haraki, bukan bilik kuliah universiti, tentang konsep ”Siasatud-Dakwah”. Nanti satu hari saya syarahkan…betapa dalam tindakan Dakwah sesebuah Gerakan Islam ada perhitungan Politik dan betapa dalam gerak-tindak Strategi Politiknya punya perhitungan Dakwahnya! Terlalu banyak dari Seerah dan Athar Sahabat, khasnya dari tindak-gerak dan dasar-dasar pemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin yang boleh kita sandarkan.
Perlu di akui masih ada pimpinan PAS sendiri tak kesempatan meneliti konsep ini lalu masih lagi tak faham konsep ini. Sebab polimik kita ini ‘dakwah ke atau siasah ke’ masih kedengaran khususnya kalau kalah teruk dalam pilhanraya. Kalau menang tak pulak berpolimik atas isu itu..sebab sibuk untuk memerintah dan mentadbir..maka aspek fikrah ini tidak sempat diperhatikan pimpinan yang sepatutnya memurnikan kefahaman ahli. (Mentajdid pengisian Tarbiyah Siasah sangat diperlukan mutakhir ini).

Keduanya, beliau memanggil pemikiran saya dengan istilah ‘Politik Ular Daun’. Tahulah saya nanti ketika Umno menggunakan istilah ini terhadap saya, maka gurunya ialah Al-Faqeeh. Malang akhlak seperti ini yang tidak merujuk anjuran Allah dalam surah Al- Hujurat yang menuntut seorang muslim-mukmin melakukan tuntutan “Tabayyanu” atau “Mengesahkan”. dan juga jangan cepat gelar-menggelar (malicious name-calling). Bukan peribadi, hanya pemikiran saja kata Al-Faqeeh nanti agaknya.

Justeru kerana tidak melaksanakan tuntutan akhlaq ini, Al-Faqeeh menyimpulkan dengan mereka-cipta ‘jolokan’ terhadap saya dan kemudian ‘serang’ saya dengan menyerang ‘cogan kataburuk’ yang beliau ciptareka dan perkenalkan.
Sangat ketara bahawa beliau tidak teliti dalam ungkapan dan asas andaiannya sehingga membuat kesimpulan ‘Konsep Politik dan Dakwah’ seperti point di atas tadi. Lebih spesifik, cerita-cerita (dalil2) Seerahnya memanglah betul tetapi cubaannya ‘mengaplikasi’nya dalam tajuk dan matlamat ‘tindakan strategik’ saya dalam menamatkan ‘polimik hudud’ ini kurang tepat atau lebih tepat lagi, tersasar! Huraian dan naratifnya sangat bersifat pengisian Dakwah dan Siasah 101 sahaja.. belum berkembang dengan peredaran zaman yang pantas berubah.

Isu Aqidah dan penegasan matlamat perjuangan dalam kes Jaafar Ibn Abi Talib dan Rasul Allah (Saw) sendiri masakan dapat dan boleh disamakan dengan isu ‘tindakan strategik’ untuk menamatkan ‘polimik’ supaya ummat lebih jelas dan dijelaskan “Isu Hudud” dengan uslub wacana dan seminar!

Jangan hina Al-Faqeeh ini (macam sebutannya dalam tulisan keduanya kepada saya, jangan hina Dr Dzul) kerana saya sendiri sukar untuk mengelakkan dari mengatakan bahawa kesian saya pemikiran ‘Al-Faqeeh ini! Isu-isu kupasan seerah ini adalah bahan perbincangan usrah saya dalam tahun-tahun akhir 70an bersama-sama Murabbi2 kami seperti Al-Marhum Dr ’Adil As-Syuweikh, Dr Zubir Bashir Taha (1976-1980) tak termasuk Daurah Fiqh Dakwah dan Fiqh Siasah kendalian guru saya seperti Abu ‘Ammar dan Dr Mahmud Izzat (Mesir) dan kesempatan berguru dengan akhir sekali Sheikh Rashid Gahnoussi ketika belajar di peringkat PhD (1989-1993). Tentunya saya perlu sebut guru saya Ustaz Hilmi Aminuddin (Indonesia) yang banyak mendidik saya dalam Fiqhud Dakwah dan Fiqhus Siasah.

Perlu ke saya isytihar semua murabbi saya untuk i mendapat keyakinan umum yang kononnya Al-Faqeeh sebut tak cukup mengaji dalam usrah sahaja?

Al-Faqeeh ada menyebutkan kita tak cukup belajar dalam halaqah usrah saja. Memang saya (dan ramai kami dalam PAS sendiri) bukan didikan Ulum Syar’iyah. Tetapi samalah juga halnya seperti juga Al-Marhum Mustafa Mashur atau kini Dr Morsi, Presiden Mesir itu bukan dari bidang Ulum Syar’iyyah. Maka cacat ke atau hina ke atau apa ya?

Insinuasi ini telah bermain di kalangan orang PAS sejak lama sehingga Al-Marhum Ustaz Fadhil mengambil masa dalam muktamar tak kurang dari dua kali menjelaskan isu ini sehingga datang penegasan ‘Meng’ulamakan Professional dan Menprofessionalkan Ulama’. Pokoknya PAS mahu lahirkan ‘Amiliin yang beramal dan berjihad sebagai anggota jamaah.
Namun agak pelik ‘pertikaian’ seperti tidak wujud dalam tradisi Ikhwan atau PKS atau Gerakan di Turki atau pun Jamaat Islami. Sebagai contoh, Sheikh Qazi Hussain Ahmad yang menjadi Amir Jamaati Islami (1987-2009), Pakistan, adalah seorang yang mempunyai ijazah Master dalam bidang Geography (pernah menjadi pensyarah) dan Dr Morsi ialah pemegang ijazah PhD dalam kejuruteraan dan juga bekas pensyarah dan juga ramai pimpinan yang lain yang bukan dari golongan Ulum Syar’iyyah ( bukan Ustazlah bahasa mudahnya).

Selama ini saya tak pernah guna pun sandaran unutk membuktikan apa ‘credential’ saya untuk bercakap atau melontar ide2 unutk perjuangan Islam. Ini pun satu lagi cara berhujjah secara ‘Salah” (Fallacious Argument). Kalau pun saya berguru dengan manusia-manusia hebat ini, hujjah saya mesti dinilai atas kekuatan dan ketepatan penghujjahannya! Ia tidak semestinya betul atau sebaliknya salah kecuali setelah kesahihan dan ketepatannya di tashihkan (sahkan) dengan uslub beristidlal saya itu diakui betul oleh yang lebih ‘arif.

Al-Faqeeh juga menulis: Saya lebih selesa menggelarkan seni politik Dr. Dzul ini sebagai seni “Politik Ular Daun”, iaitu suka berlingkar dan menyesuaikan diri dengan warna sekitar, satu sifat makhluk Allah, guna bagi menyelamatkan diri daripada disedari musuh dan mangsa. Sekalipun ular daun tidak merbahaya, tetapi ia tetap mengganggu.

Mengulas tentang tuduhan ‘politik ular daun’, siapa agaknya yang saya takut lalu menukar ‘warna’ untuk menyelamat diri dari musuh saya? Siapa musuh saya ya Al-Faqeeh? Umno, MCA atau DAP atau ada yang kata musuh saya dalam selimut saya? Tentang hal matlamat dan kedudukan Hudud di sisi Syariat telah saya terang dan jelaskan beberapa. Tentang kedudukan Hukum Had sebagai sebahagian Hukum Pidana dalam Islam berserta dengan nusus juag telah saya tegaskan dan tidak disangsikan oleh sesiapa pun dan terpaksa disokong dan ulangi oleh Ustaz Fathul Bari sendiri! Dengarlah sedikit. Mungkin Al-Faqeeh telah dengar juga akhirnya Diskusi 78 minit itu.

Terlalu banyak yang kami telah diskusikan. Memang tak semua yang saya kata diperkenan dek telinga yang mendengar. Saya cukup memahami. Namun tidak kurang juga yang mengiktiraf dan bersetuju. Tapi saya ingatkan diri saya sendiri, jangan hidup dek puji dan insyaAllah tak mati dek keji. Terus terang saya katakan memang saya tidak mahu membuat persiapan rapi dan bercakap dalam bahasa bersahaja dengan mengurangkan istilah ’arab dan nas-nas al-Quran atau qaul ulama (sekadar yang teringat sahaja) bagi memudahkan kefahaman dan tidak terlalu berat atau ‘heavy’ sehingga semacam ‘berkhutbah’ pulak.

Apa sebenar yang mahu dicapai oleh pengkritik saya ini lalu menghukum saya dengan ‘politik ular daun’? Yang lebih berpengetahuan akan spontan memahami bahawa Al-Faqeeh cuba menyamakan jalur pemikiran saya dengan pemikiran ‘pragmatisme’ atau lebih parah unsor pemikiran ‘Machiavelli’. Kalau tidak, baguslah. Kalau betul boleh kita bahaskan lagi. Hanya Allah saja yang tahu isi hatinya, saya sekadar menafsir yang zahir dalam penulisannya.
Sehubungan itu juga beliau membuat tuduhan bahawa pemikiran saya ada unsor Taqiyyah.
Tulisnya: Sikap dan pendekatan ini dikenali sebagai taqiyyah di dalam Politik Islam, iatu mulut mengungkapkan sesuatu yang tidak sama dengan pegangan dan kepercayaan hati. Dalam kontek ini, hati mahu melaksanakan dan mempertegaskan hudud, tetapi kenyataan diungkapkan sebaliknya.

Yang ini apa pula ya? Kalimat Taqiyyah, yang lebih mengetahui (discerning) akan cepat sedar bahawa ia adalah cubaan (insinuation) untuk menghubungkan sikap dan uslub saya dalam kerangka pemikiran golongan Syi’ah. Sekali lagi penulis mencuba mengaitkan pemikiran saya secara dengan golongan syi’ah pula yang juga ramai membenci. (argumentasi secara ‘fallacious’ lagi). Hukum dulu kemudian cari ‘hujjah’ untuk menegakkan ‘hukuman’. Tuduhan secara halus dengan ayatnya “Mereka tidak hipokrit, berdolak dalik atau minta bincangkan kemudian” membawa erti bahawa saya adalah hipokrit,berdolak dalik dan menangguh perbincangan. Memang ‘jahat’ cara Al-Faqeeh berhujjah begini (fallacious argument style).

Cara beristidlal Al-Faqeeh pada saya sangat mengecewakan. Sandaran-sandaran hujjah beliau, samada yang merujuk kepada hujjah-hujjah dari Seerah RasulAllah(saw), athar sahabat atau insiden2 lain tidak menampakkan beliau memahami jalur pemikiran saya yang mengungkap seluruh pemikiran saya dalam rangka pemikiran ‘Strategik’ berhadapan dengan ujian getir PRU ke-13 dan bukan isunya Aqidah secara khusus atau terpisah.

Kena tahulah apa yang Tetap (Al-Thawabit) dalam Islam dan apa perkara yang boleh sahaja di sesuaikan atau dicontextualisekan (Al-Mutaghayyirat) mengikut perhitungan seorang Imam atau Pemimpin. Hal Aqidah atau Al-Aqaaid itu tetap, tak boleh berubah dan dicontextualisekan! Tetapi urusan perkara strategi, uslub dan pendekatan dalam mengolah langkah dan memenangkan kedudukan dan maslahah perjuangan itu termasuk dalam “umur al-ijtihadiiyah” yang sifatnya boleh sahaja Berubah mengikut perhitungan Maslahah dan Mafsadah.

Bahkan kalau saya sandarkan kepada Imam Ibn Uqail al-Hanbali tentang takrif Siasah, akan menjadi lagi ‘terbuka’. Siasah (yang Adil itu) itu “yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan (Aqraba ila Solah)dan jauh dari kerosakan (Ab’ada annil Fasaad), sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya.

“Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu ‘Tiada siasah melainkan apa yang menepati syarak’ iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah.

Bahkan al-Imam ‘Izz ibn Abdis Salaam menyimpulkan Tujuan Syariah (Maqasid Syar’iah) itu adalah untuk menyusun kehidupan itu di atas kemaslahan manusia itu sekaligus menolak kemudharatan ke atas manusia.

Imam Syatibi menyusun tugas dan kepimpinan Negara (Al-Imam) adalah sebagai “Tasarruful Imam ‘ala ra’iiyah manutum bil Maslahah”. Maslalah yang muktabar terangkum dalam 5 kepentigan utama syariat (Dhoruriyatul Khams)` dan Hifzul Deen (Agama) adalah utama. Menjaga Agama dalam konteksnya kini adalah juga Dakwahnya dan perjuangan untuk mentadbiqkan Syariah dan Matlamatnya. Konteks kita adalah dalam sebuah masyarakat plural majmuk dan tertaklok kepada proses demokrasi dan legislative.

Itu maksudnya Gerakan Islam yang mengambil pendekatan dan memaknakan ‘Muwaajah Simiyah’ melalui proses Demokrasi dan mesti mendapat ‘Masdaqiyyah’ – mandat dan sokongan dalam garis Demokrasi dan melalui peti-undi.Atas tanggungjawab kita untuk menerang dan meyakinkan semua segmen rakyat – Islam dan bukan-Isalm. Jangan salahkan pihak lain kalau persoalan dan penerangan Hudud masih ramai yang keliru atau tak tahu langsung dan caranya pasti bukan terus berpolimik tetapi diangkat wacana dan seminar penerangan dengan lebih bersungguh dan komited, lebih wajar selepas PRU ke-13 akan datang.

Oleh itu caranya adalah seperti dicadangkan agar “Agenda Hudud’ diangkat menjadi agenda Ummat dan seluruh tenaga digembleng bagi merealisasikannya melalui saluran Demokrasi dan Legislatif. Meskipun Hudud tidak akan dilaksanaakn ke atas penganut agama lain, ahli parlimen2 bukan Islam juga perlu menyokong meminda Akta Mahkamah Syariah, 1965, kerja tangan Umno-BN, yang menyekat perlaksanaan Enakmen Kesalahan Syariah, bagi mencapai suara majoriti mudah untuk meminda Akta ini.

Untuk pengetahun Al-Faqeeh, setelah kita terperangkap beberapa kali dalam perbalahan dan polimik Hudud ini, maka saya cadangkan kepada pimpinan PAS Pusat isu ini hanya akan dapat kita ‘tangani secara tuntas’ ketika sebutkan kepada SEMUA dengan jelas, bahawa segala dasar damn polisi PAS termasuk Hudud dll akan hanya dapat diundang-undangkan (Taqninkan) dan kemudian dilaksanakan (Tadbiqkan) hanya melalui Garis Demokrasi yakni Mendapat Sokongan Ahli Parlimen dan Dokongan Rakyat. Ringkasnya mendapat ‘Masdoqiyyah Ijtima’iyyah’!

Hari ini jawapan ini telah menjadi ‘Script Rasmi’ atau Jawapan Rasmi semua perkara-perkara yang satu masa dahulu merupakan isu-isu yang sangat ditakuti oleh umum khasnya kaum bukan –Islam bahkan orang Islam sendiri sesetengahnya.

PAS kini mampu menyerlah pendekatannya yang sangat disenangni semua dengan mendukungi slogan Islam sebagai ‘Rahmatan lilL ‘Aalamin’ – menyerlahkan unsor Rahmah, Belas Ihsan dan Berkebajikan. Unkapan Islam yang berteraskan Tauhid ini, Syariah yang syumul ini dan Urus-Tadbir (Al-Istikhlaf) yang kompeten dan BerAmanah ini, yang bakal Menjulang KeAgungan Islam yang diperjuangkan Gerakan Islam kontemporari seantero dunia Islam kini.

Yang dilalui PAS kini adalah mendayakan cita-citanya dengan merealisasikan matlamat poitiknya untuk menamatkan kuasa yang diterajui oleh Umno-BN yang menyekat dan menghalang cita-cita murni (wasaddu ansabililLah) untuk menegakkan Keadilan dan Pemerintahan yang Adil dan Bersih yang mendaulatkan kedudukan Agama bersama-sama mereka yang mensepakti Matlamat dan cita-cita ini. Ia kini terangkum dalam Dokumen Negara Berkebajikan PAS dan Buku Jingga Pakatan Rakyat!

Betul kemenangan bukan segala-galanya tetapi segala-segala menantikan kemenangan untuk akhirnya mampu kita Memakmurkan Rakyat, Mensejahtera Negara dan Menggalas Amanah Allah untuk mentadbir muka bumi ini, dengan izin Allah jua. Hanya dengan ini dapat kita hentikan segala ‘dosa dan jenayah’ yang dilakukan Umno-BN khasnya beberapa dekad mutakhir ini.

Ringkas dan tegasnya, saya tidak dapat tidak terpaksa menjadi ‘hakim’ juga bagi ‘menjernihkan’ kekeruhan yang dipolimikkan oleh Ustaz Zaharuddin Mohammad. Ucapan terima kasih kerana menegur saya, dan syabas kerana beterus-terang dan pohonan maaf atas segala bahasa yang terkadangkali tidak dapat dielakkan bagi menyerlah tujuan dan maksud saya sebenar (qaulan sadiida) secara ‘sarahatan’ (terbuka) dan bukan dengan uslub taqiyya dan mujaamalah (diplomasi).

Faqir ilalLah, Dzulkefly Ahmad. 6 September 2012, 20 Syawal 1433H.

No comments

Powered by Blogger.