Menjawab Dakwaan Ulama Pondok Tolak PAS Kelantan;

Nik Mohamad Abduh
Menjawab Dakwaan Ulama Pondok Tolak PAS Kelantan;

1) PAS Kelantan maju sejak sekian lama dengan sokongan para ulama pondok. Jika mereka tolak PAS, sudah pasti PAS semakin lemah, sedangkan PAS semakin kuat hari ini.

2) Majoriti besar tokoh ulama pondok Kelantan yang terkenal sentiasa mendukung perjuangan PAS. Sebaliknya, individu yang mendakwa mewakili pondok Kelantan hanyalah mula dikenali selepas dipopularkan oleh media kerajaan. Jelas, mereka bukanlah ulama besar Kelantan.

3) Lebih 20 institusi pondok di Kelantan telah memperbaharui ikrar mereka menyokong kerajaan PAS Kelantan. Ia mewakili hampir 90% pondok Kelantan. Adakah 10% boleh mendakwa mewakili pondok?

4) Pondok Pasir Tumbuh yang merupakan pondok terbesar di Kelantan tidak pernah berbelah bagi menyokong PAS Kelantan sejak dulu lagi.

5) Abdullah Saamah yang paling lantang menyerang PAS di Kelantan hanyalah mentadbir sebuah pondok di Tumpat yang mempunyai pelajar yang cukup dibilang dengan jari.

6) Kebanyakan hujah menolak PAS Kelantan hanyalah berkisar perbezaan pendapat dalam perkara furu' fiqh dan akidah di kalangan ulama khalaf dan salaf di Kelantan. Ia telah dengan sengaja diseret ke dalam soal politik dengan niat memecah-belahkan sokongan pondok terhadap PAS Kelantan.

7) Hakikatnya, walaupun perbezaan perdapat dalam perkara furu' akidah dan fiqh terus wujud, seluruh ulama Kelantan pelbagai aliran sepakat untuk bersatu berjuang menegakkan Islam melalui PAS. Pendakwa sebagai mewakili ulama pondok hanyalah cuba mengambil peluang melalui suara politik untuk menyerang dan memasyhurkan hukum-hakam mereka yang keras ke atas ulama yang tidak sealiran.

8) Hujah terkini berkaitan isu kalimah Allah hanyalah modal murahan menolak PAS. PAS sepakat melalui keputusan majlis syura ulamanya dengan pendirian yang sama dengan pendapat majoriti ulama Malaysia. Ia hanyalah bedilan peluru ke udara untuk mencetus kebisingan.

9) Sebaliknya, pendakwa sebagai mewakili ulama pondok tidak pula menyerang umno yang jelas mempermainkan kalam Allah. Antara kalimah Allah (dalam istilah Melayu) yang hanya satu perkataan (Allah) dan kalam Allah yang berjumlah 30 juz al Quran, mana lebih utama untuk dijunjung dan dipertahankan?

Bukankah pelik, menyokong umno sebagai 'pejuang' kalimah Allah, tetapi memejam mata terhadap sikap umno yang konsisten menentang kalam Allah dalam pemerintahan.

10) Menentang PAS yang menjunjung Islam dengan menyokong umno yang menjunjung sekularisme adalah hujah paling mudah untuk menolak pendirian pihak yang mendakwa mewakili pondok Kelantan. Ia menjadi tanda besar kecetekan ilmu dan maklumat yang telah pun dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

1 comment

zamy said...

Inilah akibat godaan syaitan dikenali....ular dlm semak yg musyidul amnyer mamak munafiq @syaitan dikenali...dipanggil mereka ulamak......pastikan anda mempunyai antibodi dari godaan syaitan dikenali ini...iaitu dgn berdoa dan mementa pertolongan dari Allah.....supaya tak terkeliru dgn godaan para tentera syaitan.....

Powered by Blogger.