Mohamad Hasan: Nik Aziz tidak cerminkan diri berilmu agama



SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mencerminkan dirinya sebagai seorang yang tinggi ilmu agama.

Katanya kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz mengenai Umno dan pembinaan masjid bukan sahaja tidak rasional tetapi juga lebih bersifat peribadi.

"Kalaupun marah sangat dengan Umno, janganlah cakap macam itu.

"Juga, cerita sembahyang orang Umno tiada pahala...kau siapa nak kata begitu? Saya nak tanya, dia pemegang kunci syurga ke?" katanya kepada pemberita selepas penyerahan geran Program Pemulihan Dalam Komuniti Negeri Sembilan berjumlah RM3.05 juta bagi tempoh enam bulan, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilapor mendakwa orang Umno banyak membina masjid bukan kerana Islam sebaliknya kerana mahu menjadi kontraktor.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan solat anggota Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pembinaan sesebuah masjid tidak dilakukan kerajaan dengan sewenang-wenangnya, tetapi perlu mengambil kira keperluan dan permohonan umat Islam di satu-satu kawasan.

Beliau memberi contoh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang menerima banyak permohonan masjid daripada masyarakat.

"Kalau nak ikutkan permohonan daripada masyarakat, banyak orang memohon.

Tapi kita pertimbangkan dengan begitu 'detail' termasuk dari segi jauh masjid,jarak masjid, fungsi masjid tersebut dan sebagainya," katanya.

Mengenai dakwaan Tian Chua Chang tidak dibenarkan memasuki Sabah semalam, Mohamad berkata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu sepatutnya dihalau keluar daripada negara ini.

Tian Chua sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa insiden pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno. - Bernama

jawapan untuk mohamad hasan

No comments

Powered by Blogger.