Umno Tasek Gelugor Bergolak! PAS Ada Peluang, Allahuakhbar!

Pas tawan Tasek Gelugor jika 3 Umno bercakaran :'Cikgu'

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Nor Mohamed Yackop hampir pasti tidak akan dicalon lagi di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Sumber dalaman Umno memberitahu, Shabudin Yahaya menuntut kerusi Parlimen itu atas kelayakan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor.

"Budin (Shabudin) tak patut tuntut kerusi itu kerana dia menang (Ketua Bahagian) pun sebab 'duit' Tan Sri (Nor Mohamed)," ujar seorang pemuda bahagian yang mahu digelar 'cikgu' menerusi telefon petang tadi.

Sumber berkata, Shabudin sepatutnya memberi laluan kepada veteran Umno Tasek Gelugor, Datuk Mohd Shariff Omar ke kerusi parlimen itu.

"Tok Shariff lebih berpengaruh, dia kalah di peringkat bahagian sebab Tan Sri tabur duit, bulan sebab Sabudin ada tokoh.

"Penyokong Tok Shariff dan Tan Sri (Nor Mohamad) tak akan duduk diam jika Sabudin tanding Parlimen sebab kedua-dua macam kedua-dua tokoh itu macam ditikam dari belakang," ujar sumber.

Dalam perkembangan lain, Pas yang dicatur bertanding di kerusi itu turut dikhabarkan giat mencari seorang calon bergelar 'Ustaz' bagi menyaingi Shabudin di parlimen itu.

Pas sebelum ini dikhabarkan mencatur Ahli Korporat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin jika Nor Mohamed kekal bertanding di parlimen berkenaan.

Perkembangan terbaru ini dijangka memberi peluang kepada Pas menenangi kerusi parlimen itu jika berlaku konflik kepentingan dalam Umno membabitkan kem Shabudin, Shariff dan Nor Mohamed kelak.

http://faqar.blogspot.com/2013/04/pas-tawan-tasek-gelugor-jika-3-umno.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Faqar+%28faqar%29

No comments

Powered by Blogger.