Tiada istilah "guru dipaksa kerja" dalam hal ini sebenarnya. Ini urusan dalaman pihak sekolah semata-mata atas permintaan tuan empunya diri iaitu guru yang memohon untuk melakukan urusan luar/ kegiatan luar selagi tidak bertentangan/ bercanggah dengan undang-undang atau keperluan sekolah. Dah nama surat tu "memohon" maknanya tidak wajib pergi jika tidak mahu. Saya sendiri pun biasa dengan situasi ini misalnya saya adalah jurulatih kerjaya pendidikan khas di salah satu NGO di Kota Bharu, Kelantan. sudah tentu akan ada surat permohonan untuk memohon saya untuk bertugas dalam urusan melibatkan NGO tersebut walaupun melibatkan waktu persekolahan. Pentadbir dengan budi bicara mereka akan membenarkan atau tidak membenarkan saya melibatkan diri selagi mana tidak bercanggah dengan kepentingan sekolah dan undang-undang. selain itu saya juga sering dipanggil sebagai jurukamera video majlis melibatkan kementerian kebudayaan dan pelancongan malaysia. kadang kala terkena waktu persekolahan. Guru besar memberi kebenaran atas sebab kementerian pelajaran sendiri perlukan guru-guru berkemahiran dalam hal-hal ini. Kesimpulannya jika kita bukan ahli atau tidak berkelayakan untuk bercakap atau komen perkara2 yang kita tidak tahu atau mahir, baik tak usah cakap apa2, nanti jadi fitnah pula.
1 comment

Post a Comment