Pandangan Pembaca Kerabu Bersuara Isu Kajang
Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) memang menang satu kerusi sahaja di Pulau Pinang dalam pilihanraya lalu, tetapi suatu realiti yang tidak boleh dipandang remeh ialah kemenagan rakan-rakan dalam pakatan rakyat yang lain adalah hasil daripada sokongan padu ahli dan penyokong PAS yang merupakan undi penentu di beberapa DUN dan Parlimen.
Manakala di Selangor pula tidak dapat dinapikan bahawa berjayanya PAS memenangi banyak kerusi tentulah hasil sokongan ahli dan penyokong Parti Keadilan Nasional dan DAP sama .
Dulu, ketika tersebar sahaja berita pertemuan sulit Al-Marhum Ustaz Fadhil Muhammad Nor President PAS ( diiringi oleh Ustaz Nakhai Ahmad ) dengan Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ( diiringi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ) riuh rendah dan gegak gempitalah sebahagian penyokong PAS. Mereka ingin tahu butir-butir perbincangan dan sebab-sebab pertemuan. Mereka merungut kenapa tidak diberitahu mereka terlebih dahulu tentang pertemuan ini !
Al-Marhum Ustaz Fadhil dalam ceramahnya di Markaz PAS Pulau Pinang dengan suara yang agak tinggi dan lantang mengatakan " Apa ertinya saya dilantik menjadi president jika setiap perkara yang saya hendak lakukan mesti diberitahu kepada ahli. Apa itu cara kita melayani president kita !!!? " Agak panjang leterannya pada malam itu. Dilihat ahli PAS dapat menerima pandangan Al-Marhum dan keadaan menjadi reda selepas itu.
Peristiwa Kajang, agak mustahil president PAS tidak ada sedikit pun maklumat awal mengenainya. Biarlah kita hormati diplomasi president yang kita sayangi dan Barisan Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang bermati-matian berjuang demi merialisasikan impian kita bersama.
Apakah kejatuhan Pakatan Rakyat Kedah yang diterajui oleh PAS sudah benar-benar sembuh dari kotak kesedihan kita. Apakah peristiwa pertukaran Kerajaan Perak hasil penyeberang tiga wakil rakyat dulu tidak lagi menjadi iktibar untuk kita.
Dari jauh, kita lihat suasana Selangor kian gawat. Pegawai-pegawai Pengurusan Teringginya kelihatan berada diwadi lain.... Seperti juga dihadapi oleh Kelantan era awal sembilan puluhan dulu .... Kedah semasa pemerintahan al-Marhum Ustaz Azizan bagitu juga Trengganu ketika pemerintahan Ustaz Abdul Hadi .... Dipihak lain Perdana Menteri sendiri menjadi ketua agungnya.
Langkah Pakatan Rakyat memberi tanggung jawab utama kepada calon perdana menterinya sendiri mendepani suasana getir ini amat disanjung tinggi.
No comments
Post a Comment