Syabas YB Khalid Samad! Tegas Dan Berani!
MP: Trio DAP jangan campur urusan Islam
Abdul Rahim Sabri
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata tidak wajar tiga ADUN DAP Selangor "campur tangan" apabila mencadangkan supaya Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri itu dipinda.
Menyifatkan pindaan enakmen itu sebagai "urusan orang Islam", Khalid - yang mencetuskan kontroversi hampir sama pada 2010 – berkata, tindakan wakil rakyat DAP itu bercanggah dengan prinsip perjuangan parti, sekali gus memburukkan lagi suasana.
"Sepertimana mereka tidak mahu orang Islam campur tangan dalam urusan agama bukan Islam, begitu juga orang Islam tidak mahu lihat campur tangan bukan Islam dalam urusan agama Islam.
"Tindakan mereka akan bercanggah dengan prinsip yang mereka perjuangkan sendiri. Malahan ia akan digunakan untuk memburukkan keadaannya lagi," katanya melalui SMS jawapan kepada Malaysiakini.
Khalid diminta mengulas tindakan tiga ADUN DAP Selangor – Lau Weng San (Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) – yang mahu enakmen itu dipinda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan itu diutarakan ekoran serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada 2 Januari lalu.
Khalid mencadangkan ketiga-tiga ADUN itu bersabar dan memberi keyakinan kepada umat Islam untuk membebaskan diri dari “permainan politik golongan tertentu” yang ingin peralatkan Islam sebagai alat adu-domba dan perbalahan.
"Usaha pembebasan umat Islam dari keadaan Islam diperalatkan oleh golongan yang bertopengkan Islam perlu dilakukan dan dijayakan oleh umat Islam sendiri tanpa bantuan dari umat lain.
"Ini saya yakin akan tercapai kerana Islam sememangnya mengajar umatnya untuk menghormati hak agama lain,” katanya yang juga pemimpin PAS Selangor.
Kenyataan tiga trio itu dikecam pelbagai NGO, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS kerana didakwa bertindak "gopoh".

No comments
Post a Comment