MB dedah dokumen isu ahli Perbadanan PKNS
SHAH ALAM 22 JAN: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit supaya mendedahkan dokumen mengikut kronologi yang berkaitan isu Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Dokumen sulit seperti keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan surat menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri ini didedahkan menggunakan kuasa Menteri besar yang diperuntukkan mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi.
Sekretariat Akhbar Menteri Besar dalam satu kenyataan media menyatakan dokumen itu dikeluarkan untuk membolehkan orang ramai meningkatkan kefahaman dan berhenti membuat spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.
“Kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab dengan rakyat berhak diberitahu kedudukan sebenar tentang sesuatu isu,” kata kenyataan itu.
Berikut adalah 11 lampiran berkenaan kronologi kes penamatan perkhidmatan sebagai ahli PKNS.
No comments
Post a Comment