Bekas MB Terengganu, Ahmad Said umum keluar UMNO

Haider Yutim, Astro Awani

Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Kijal

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah mengisytiharkan keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini.

No comments

Powered by Blogger.