Malaysia gagal merangkul gelaran Piala Thomas



Syafique Shuib

KUALA LUMPUR: Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila perlawanan penentuan menyaksikan Takuma Ueda menewaskan Liew Daren dalam straight set 21-12, 18-21, 21-17.

Ini adalah aksi pertama Jepun di dalam pusingan akhir yang sebelum ini pernah ke peringkat separuh akhir untuk dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2012.

Perlawanan akhir bermula pada jam 5.30 petang waktu Malaysia menyaksikan aksi hebat Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16 pada perlawanan perseorangan pertama. Namun, Jepun memberi persaingan yang sengit dimana beregu Tan Boon Heong dan Hoon Thien How tewas di tangan Kenichi Hayakawa dan Hiroyuki Endo 21-12, 17-21, 19-21.

Chong Wei Feng turut tewas kepada Kento Momota dalam straight set 15-21, 17-21.

Pada perlawanan beregu kedua, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menyamakan kedudukan dengan menewaskan Keigo Sonoda dan Takeshi Kamura dalam tiga set 19-21, 21-17, 21-12

Pada peringkat separuh akhir, Malaysia menewaskan Indonesia 3-0. Jepun pula menewaskan China yang pernah menjuarai lima edisi Piala Thomas sebelum ini.

Kali terakhir Malaysia mara ke peringkat akhir adalah pada tahun 2002 di Guangzhou, China tetapi tewas kepada Indonesia 2-3.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.

2 comments

Unknown said...

Satu berita yang aku harap dan nanti nanti kan. Kini sudah berlaku syukur alhamdulillah. Kalau tidak nanti berhari hari dan mungkin berminggu minggu cerita nya tak habis habis.

Anonymous said...

harus disedari malaysia menang pada tahun-tahun dimana orang lain tak pandai lagi pegang reket badminton ... kita asyik dibuai dan dinyanyikan dengan kemenangan itu ... sedangkan orang lain memajukan diri dengan lebih agressif ... kita masih ditakuk lama ...dan pemimpinnya sentiasa bercakaran merebut kuasa...!!!!

Powered by Blogger.