Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Presiden FAM yang baru

PRESIDEN BARU: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Beliau dilaporkan mendapat 27 undi sekaligus mengalahkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendapat 12 undi dalam persaingan dua penjuru itu.

Pada pusingan pertama pemilihan, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail meraih 15 undi namun pemilihan terpaksa diadakan semula kerana keputusan itu tidak mencapai majoriti dua pertiga m engikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan Presiden FAM.

Pemilihan ini berlangsung ekoran Presiden Persatuan FAM Sultan Ahmad Shah menarik diri daripada mempertahankan jawatan presiden pada Kongres Tahunan Ke-50 untuk memberi ruang kepada kepimpinan baharu.

Sultan Ahmad Shah menjadi Presiden FAM sejak tahun 1984.

1 comment

Saadun Sulaiman said...

Sesiapa pun yang menjadi president FAM aku rasa taraf bola sepak Negara tidak akan kemana. Lihat sahaja kelab kelab bola sepak Negara yang sudah maju mana ada pehak "ISTANA" yang menjadi president. Bukan setakat bola sepak sahaja, sukan sukan yang lain pun serupa. Contoh Tennis. Dari Negara Asia cuma china, Jepun dan India sahaja yang mampu menghantar para pemain nya di level Dunia.

Powered by Blogger.