Senarai kegagalan Kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran



Zulkifli Yahaya

TAHNIAH DS Mukhriz dan barisan Exco sempena setahun memimpin pentadbiran negeri. Semoga Kedah lebih aman dan makmur.

Senarai kegagalan Kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:

1. GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa.

2. GAGAL menyelesaikan masalah kakitangan Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji semenjak BN mengambilalih pentadbiran negeri pada Mei 2013.

3. GAGAL dalam penghasilan padi/beras untuk negara di mana kini Kedah hanya mampu menyumbang 30 peratus bekalan beras, sedangkan semasa Pakatan Rakyat dahulu negeri ini menghasilkan 44 peratus bekalan beras negara.

4. GAGAL menyelamatkan tanah sawah apabila mengumumkan projek ZIPY akan diteruskan di Yan yang dijangka akan mengorbankan 4300 ekar tanah sawah.

5. GAGAL bercakap benar. Datuk Paduka Mukhriz Mahathir didakwa tidak bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk kegunaan Yang Di-Pertuan Agong, walhal plet kereta terang-terangan tertera perkataan ‘Menteri Besar Kedah’.

6. GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu. Mereka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.

7. GAGAL mengawal pembalakan yang berleluasa. Kegiatan pembalakan berjalan dengan rakus sekali terutama di daerah Padang Terap, Baling, Kulim dan Sik. Hutan digondolkan tanpa belas kasihan seolah-olah hutan tidak menyumbang apa-apa terhadap kestabilan alam.

8. GAGAL mengawal budaya hedonism. Kerajaan Negeri membenarkan kumpulan penyanyi separa bogel K-Pop dibawa masuk dari Korea dalam konsert UEPE yang di adakan di Sungai Petani.

9. GAGAL menjaga duit negeri, menggunakan untuk tujuan tidak baik. Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan murah hati ‘bersedekah’ kepada Astro yang menganjurkan Program Maharaja Lawak Mega sebanyak RM200,000.00. Jumlah tersebut terlalu besar untuk rakyat Kedah yang miskin tetapi BN menghabiskannya untuk orang ramai bergelak ketawa.

10. GAGAL menghormati pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS) di mana Menteri Besar cuba melantik Setiausaha Sulit Kanan dari kalangan bukan KCS. Akibat mendapat tentangan, individu tersebut dilantik sebagai Ketua Pegawai Khas (jawatan baru yang diwujudkan) dengan gaji dan elaun yang luarbiasa. Walhal mengikut tradisi pentadbiran pejabat Menteri Besar selama ini, ketua bagi pegawai-pegawai khas adalah Setiausaha Politik.

11. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu mahkamah. Mukhriz telah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.

12. GAGAL mengurus sembilan buah Maktab Mahmud yang selama ini diurus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada Kementerian Pelajaran dibawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mukhriz mungkin ‘bijak’ kerana berjaya menyelamatkan duit negeri sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud tersebut. Soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut dan apakah nasib silibus Azhariah di Maktab Mahmud selepas ini?
13. GAGAL meneruskan Skim Kafalah iaitu pemberian RM500 untuk keluarga si mati yang diperkenalkan semasa Pakatan Rakyat dahulu.

14. GAGAL merealisasikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi yang dicetuskan idea penubuhan dan pembinaannya oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan. Khabarnya projek tersebut dibatalkan terus. Mungkin kerana bagi Mukhriz pelaburan di bidang pendidikan adalah ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.

15. GAGAL meneruskan program pembinaan insan seperti Kem Anak Soleh, Kem Bina Saksiah dan Kem Belia Sejahtera yang diadakan semasa Pakatan Rakyat. Sekarang setiap cuti sekolah berlalu tanpa ada pengisian oleh kerajaan negeri.

16. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu pelantikan Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang dikaitkan dengan siasatan salahlaku. Sepatutnya biar individu berkenaan membersihkan namanya satu melalui siasatan tersebut, sebelum pelantikan dibuat.

17. GAGAL mengisi kekosongan imam dan pegawai masjid di banyak buah masjid di negeri ini.

18. GAGAL menyelesaikan masalah lantikan JKKK di beberapa buah daerah, akibat perebutan untuk jawatan tersebut.

19. GAGAL menangani penderitaan hidup rakyat, khususnya penoreh getah yang terbeban dengan kejatuhan harga getah serta peningkatan kos hidup. Kepimpinan kerajaan negeri Kedah seolah-olah tidak tahu cara untuk menanganinya.

20. GAGAL memperkasa sukan bolasepak yang menjadi kebanggaan negeri ini suatu masa dahulu. Prestasi bolasepak Kedah jatuh merudum kira-kira 70 peratus dari sebelumnya.

No comments

Powered by Blogger.