BARAH K-POP
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
BARAH K-POP
Sebagai seorang ibu dan pendidik Muslim, berita tentang apa yang berlaku di pentas K-Pop yang melibatkan anak-anak gadis kita baru-baru ini amat dikesalkan.
Saya tidak fikir kita hanya boleh berkata 'Oh ini adalah fasa seorang remaja dan ia akan berlalu'. Adalah amat tidak bertanggungjawab jika kita sebagai umat Islam memandang remeh bibit-bibit salah laku yang mula 'dibiasakan' di negara kita.
Apabila remaja bertudung merelakan diri mereka disentuh, dipeluk dan kembali memeluk, ada sesuatu yang tidak kena di situ.
Bertudung telah tidak disertai dengan konsep 'haya' atau malu. Malu berbuat dosa kepada Allah. Malu jika dirinya menjadi tumpuan lelaki rambang. Malu jika tudung itu tidak berupaya membuat lelaki hormat kepadanya.
Bertudung atau tidak bertudung, bukankah bersentuh antara lelaki dan wanita itu haram di sisi Islam? Bercampur gaul antara lelaki dan wanita di dalam konsert bebas itu haram?
Saya juga ada anak-anak remaja. Saya sedar bukan mudah untuk membesarkan anak-anak remaja di zaman langit terbuka dan di zaman mudahnya anak-anak kita mendekat ikon mereka di zaman twitter, FB dll. Laman sosial ini menjadikan mereka lebih 'attached' atau rapat dengan artis pujaan mereka, mengetahui pergerakan dan kehadiran mereka.
Untuk itu saya ingin bersama-sama mengajak para ibu-bapa agar bersama-sama dengan saya memperbetulkan beberapa konsep :
1. Sebagai ibubapa yang menyedari gejala K-Pop sekarang ini, cuba bendung kecenderungan anak-anak kita baik lelaki maupun perempuan dari menonton drama Korea atau membeli CD-CD cerita Korea. Saya difahamkan ada remaja atau pelajar berhabisan membeli CD dan menghabiskan masa semalaman - marathon - menghabiskan cerita.
Salurkan anak-anak kita kepada aktiviti yang lebih bermanfaat.
2. Ibubapa yang bertanggungjawab tidak akan membenarkan anak-anak ke konsert. Jika amat perlu, sekurang kurangnya mereka ditemani ahli keluarga yang faham tentang maruah diri. Rakan-rakan si anak kerap kali tidak membantu dan di dalam keseronokan lebih menggalakkan dari menghalang. Lagu-lagu K-Pop mengiringi setengah babak drama, jadi anak-anak kita terbuai di alam fantasi melakonkan babak tersebut maka diketika ini, mereka mungkin lupa sentuhan fizikal yang merupakan sesuatu yang di larang oleh syarak.
4. Ada satu salah tanggap di kalangan kita yang mungkin mengatakan drama k-pop, artis K-Pop ini tidaklah keterlaluan seperti filem2 atau artis2 Hollywood yang mana adegan cumbuan mereka lebih dasyhat, atau artis Bollywood yang lebih erotis gerak tariannya. Tapi Islam bukan berdiri atas nilai perbandingan sebegitu. Yang haram itu tetap haram. Jika anak-anak kita sehingga sudah 'addicted' kepada cerita Korea hingga menjadikan mereka ikon, maka alasan bahawa kita berkongsi budaya Timur sudah sampai hadnya. Syariat Islam itu yang lebih wajar dipelihara.
5. Terapkan semula kepada anak-anak kita konsep bertudung dan menutup aurat yang sebenarnya. Tudung bukan sekadar menutup rambut atau kulit tubuh. Bertudung, menutup aurat bermaksud memelihara maruah diri dan maruah keluarga. Menjaga batasan pergaulan lelaki dan wanita. Menjaga mata dan perasaan agar tidak dibuai oleh nafsu sebelum tiba masanya.
6. Sibukkanlah anak dengan perkara yang boleh meningkatkan rasa pertanggungjawaban diri. Galakkan mereka membaca Quran misalnya sehari sejuzuk. Atau menetapkan target hafalan agar anak-anak lebih dekat dengan Quran. Kecenderungan menonton drama Korea ini bermaksud anak-anak kita punya masa yang banyak. Bantulah mereka mengisi masa ini dengan aktiviti yang lebih baik, agar keremajaan mereka tidak tersia-sia.
3 comments
Assalamualaikum
Rasa sedih dan marah semua pihak termasuk JAKIM terhadap peristiwa gadis melayu dalam program kpop amat dihargai. Cuma kita jangan bertindak pelik kerana saya rasa adegan peluk seumpama itu dan mungkin lebih lagi tidak sukar untuk kita perolehi dalam drama dan filem melayu yang melibatkan artis melayu. Jadi selepas ini kalau JAKIM dan JAWI nak ambil tindakan alhamdulillah namun ambil tindakan kepada semua sekali termasuk pelakon2 drama da filem yang melakukan adegan seumpama ini. Supata semua orang jelas d tidak ada double standard.
Assalamualaikum
Rasa sedih dan marah semua pihak termasuk JAKIM terhadap peristiwa gadis melayu dalam program kpop amat dihargai. Cuma kita jangan bertindak pelik kerana saya rasa adegan peluk seumpama itu dan mungkin lebih lagi tidak sukar untuk kita perolehi dalam drama dan filem melayu yang melibatkan artis melayu. Jadi selepas ini kalau JAKIM dan JAWI nak ambil tindakan alhamdulillah namun ambil tindakan kepada semua sekali termasuk pelakon2 drama da filem yang melakukan adegan seumpama ini. Supata semua orang jelas d tidak ada double standard.
Tahniah atas keprihatinan semua pihak krn peristiwa gadis2 melayu dlm majlis kpop. Namun jangan buat perkra pelik dan aneh. Kerana adegan seumpama itu tidak sukar untuk ditemui dlm drama dan filrm melayu. jadi selepas ini jika ada adegan peluk dalam drama dan filem menglibatkan artis melayu yang bukan mahram maka semua pihak perlu kritik dan JAWI serta JAKIM juga perlu ambil tindakan terhadap artis dalam drama dan filem termasuk pengarahnya sekali. Kalau tidak nanti dikatakan double standard,
Semoga Allah memelihara kita semua
Post a Comment