Saya tetap hormat Tun Mahathir - Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tetap menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad seperti mana beliau menghormati rakyat Malaysia yang lain.

Najib berkata, beliau bersikap terbuka jika mana-mana pihak mengkritik pentadbiran dan kepimpinannya namun berharap ia dilakukan secara bertanggungjawab.

Katanya, beliau meneliti setiap kritikan yang dibuat namun akan mengutamakan kepentingan rakyat dan parti itu dalam membuat sesuatu keputusan.

"Saya menghormati Tun Mahathir sepertimana saya menghormati semua rakyat Malaysia.

"Saya bersikap terbuka jika mana-mana pihak mengkritik pentadbiran dan kepimpinan saya.

"Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.

"Itu saya nak tegaskan," katanya semasa diwawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang turut disiarkan di Astro AWANI malam ini.

Dalam temubual itu, Perdana Menteri menafikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan adalah 'handout'.

Sebaliknya, beliau menjelaskan ia adalah satu bentuk jaringan keselamatan sosial untuk golongan itu.

Najib berkata, pemberian BR1M yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal itu dapat memberi timbal balas kepada golongan berpendapatan rendah berikutan pengurangan dan pemansuhan subsidi.

Katanya banyak negara juga mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial dalam pelbagai kaedah bagi membela nasib rakyat mereka.

 

No comments

Powered by Blogger.