Shaheizy Sam, Bintang Paling Popular ABPBH 2014

GENTING HIGHLANDS: Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2014, edisi ke-28 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands malam ini.

Kemenangan itu melayakkan Shaheizy membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Toyota Camry bernilai RM175,000 tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd berserta trofi.

Ini adalah kemenangan ketiga Shaheizy Sam di pentas ABPBH.

"(Walaupun ini) kali ketiga menang, saya tetap berdebar. Ramai yang nak saya sebut terima kasih tapi anda tahu siapa diri kalian yang saya gelar The Magician," katanya.

Trofi Bintang Paling Popular ABPBH 2014 disampaikan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2014 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir pada majlis kemuncak yang bertemakan Cinta.

ABPBH 2014 dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio, Hot FM.

Keputusan pemenang diperoleh berdasarkan undian keseluruhan pencalonan akhir ABPBH 2014 membabitkan hampir 500,000 borang undian yang diterima penganjur.

No comments

Powered by Blogger.