Surat KP Kelantan Kepada Dato Husam
Saya menunggu-nunggu Dato menjawab semula isu berhubung tuduhan bahawa Pemuda PAS Kelantan mendapat RM300 ribu dari Kerajaan Negeri Kelantan untuk menganjurkan program HAMASAH tempoh hari. Bahkan kononnya tiga orang exco kerajaan negeri memberikan peruntukan sebanyak Rm100 ribu setiap orang. Begitu terperinci dan sangat mengkagumkan fakta yang diberikan. Telah saya katakan bahawa itu adalah fitnah yang jahat dari Dato, saya jangka tidak sampai 24 jam akan ada balasan jawapan dari Dato, nampaknya saya hampa.
Dilihat kepada rekod Dato, sangat cepat Dato menjawab semula apa jua jawapan dari pihak lain, bahkan nama seorang guru YIK pun dimasukkan dalam senarai akan disaman. Tapi kenapa tidak isu tuduhan ke atas Pemuda PAS Kelantan itu.
Ayuh, Dato orang hebat. Datangkan fakta dan data. Ada pula juak-juak yang mencabar supaya dibentangkan secara rasmi perbelanjaan program tersebut untuk mengesahkan bahawa ia adalah fitnah. Wah, dunia sudah terbalik. Sepatutnya yang menuduh membawa bukti bukannya yang dituduh. Jika demikian, bagaimana jika ada yang menyatakan bahawa Yayasan Dato mendapat dana sebanyak RM5 juta dari Kerajaan Pulau Pinang melalui peranan DAP? Ya, itu adalah satu fitnah, tetapi adakah Dato pula wajib membentangkan akaun Yayasan Dato pula atau kerajaan Pulau Pinang membentangkan akaun wang keluarnya?
Sudah tentu sekali tidak. Prinsip umum ialah yang menuduh datangkan fakta bukannya yang tertuduh. Datangkanlah minit mesyuarat parti atau keputusan mesyuarat Exco yang menyebut sebagaimana tuduhan Dato itu. Bukankah ini kemahiran Dato?
Atau jelas sekali tuduhan Dato ialah satu pembohongan. Barangkali lebat sekali sehari dua surat ditulis untuk menutup pembohongan itu?
Once you tell a lie, you need ten more lies to cover the lie.
Ada yang kata, samanlah kalau fitnah. Ya, boleh saman. Tapi buat masa sekarang, kami tidak tergamak menyaman seorang bekas pimpinan kami sendiri hanya kerana tersalah tulis. Cukuplah kami menafikan. Kami anak-anak muda hanya berdoa untuk berjuang pertahankan kerajaan sebagaimana Dato pernah berjuang. Banyak jasa Dato kepada kami dan kami tidak mahu calarkan ia dengan saman di mahkamah.
Adapun jika Dato tergerak hati mahu menyaman kerana saya menyatakan Dato menfitnah kami, silakankah. Kami tidak mencari musuh, tetapi bila berhadapan, Insya-Allah kami tidak akan lari.
Kami akan terus bekerja, pertahankan kerajaan Kelantan ini. Ia tidak sempurna sebagaimana dulu pun ia tidak sempurna, tapi kelemahan itu bukan untuk disebarluaskan. Selagi dasarnya tidak berubah, selagi asasnya tidak berganjak, selagi itu ia wajib dipertahankan biarpun siapa barisan exconya.
Saya hairan, katanya Dato, saluran dalaman telah habis digunakan, isu YIK bila digunakan saluran dalaman? Saya menganggotai Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan bermula tahun 2011, tetapi untuk bersua dengan Dato di dalam mesyuarat sangatlah sukar sekali.
Tahun 2013, saya memasuki Dewan Harian Perhubungan PAS Negeri. Mesyuaratnya seminggu sekali berselang-seli dengan Lajnah Politik, tetapi sayang, saya tidak melihat wajah Dato untuk mendengar hujah mantap dan panas bagi mengesahkan penggunaan saluran dalaman itu. Seingat saya sepanjang dua tahun, sekali Dato hadir Mesyuarat Harian dan sekali Dato hadir mesyuarat Lajnah Politik. Dua kali dalam masa dua tahun! Itu yang saya lihat, jika Dato hadir lebih dari itu, pohon maaf.
Jujur, saya juga bukannya hadir semua mesyuarat, tetapi saya bukannya jenis orang yang menghentam keputusan mesyuarat sedangkan boleh sahaja disebut di meja rundingan.
Saya menahan diri lama untuk menulis, sangat berhati-hati saya memilih bahasa dan tuturnya. Kerana saya tahu, 'tentera maya' siap sedia menggempur semula. Namun, kebenaran tetap kebenaran.
Pulanglah kembali Dato. Jalan masih terbuka luas. Kita bina semula kekuatan kerajaan ini. Tetapi bukan dengan cara yang Dato pilih pada hari ini.
Sejarah sedang melakar....
- Ahmad Fadhli Shaari, 29/10/2015

No comments
Post a Comment