Undi Tidak Percaya : Pembangkang Tidak Fikir Panjang?

Baru baru ni DSWAzizah (WA) seperti dipaksa untuk memfailkan usul Undi Tak Percaya kpd PM, di parlimen. Dap sekali lagi dilihat menjadi big brother yg menjolok kehendak mereka ke kerongkong parti parti pembngkang lain kecuali Pas.

Yang lebih penting daripada cara usul tersebut dibuat ialah persoalan yg bermain di kepala orang kebanyakan, iaitu UNTUK APA? Untuk apa usul undi tak percaya tu? Apakah yg nak dicapai oleh gerakan mengusulkan undi tak percaya ini selain bermain politik?

Apakah yg nak dicapai Dap dan sekutunya ini?

Cuba kita tengok beberapa senario dan kesannya kepada parti pemerintah, parti pembangkang sendiri dan rakyat.

Senario 1: Undi Tak Percaya Gagal
Jika usul ini gagal, ia menjadi suatu tempelak kpd pembangkang. Imej pembangkang tercalar.

Bagi Umno/bn, jika undi tak percaya gagal, ia menjadi satu motivasi baru, bahkan menjadi seperti mandat baru kpd Najib sendiri. Imej Najib meningkat dgn semangat baru. Pendeknya, jika usul ini gagal, pembangkang akan rugi.

Senario 2: Undi Tak Percaya Berjaya
Jika usul ini berjaya, kemungkinan besar Najib akan jatuh. Agung ada dua pilihan, samada setuju perletakan jawatan PM Najib, atau bubarkan parlimen.

Pilihan yg lebih munasabah ialah menerima perletakan jawatan Najib, dan seterusnya lantik PM baru yg kebiasaannya dicadangkan oleh parti yg menguasai parlimen iaitu Umno/bn.

Jadi, PM baru adalah dari Umno juga. Bila Najib gugur, maka semua menteri kabinetnya turut gugur dgn sendirinya. PM baru kena cadang kabinet baru untuk perlantikan oleh Agung.

Jadi, jika undi tak percaya ni berjaya sekalipun, hanya melibatkan pertukaran sorang PM, bukan pertukaran sebuah kerajaan parti pemerintah. Umno akan tetap memerintah, cuma dengan PM baru.
Kesannya kepada Umno,sejarah lepas menunjukkan bila naik PM baru, rakyat Msia akan mula lupakan kegagalan PM lama, dan beri harapan serta kepercayaan kpd PM baru. Jadi, ini amat baik kpd umno.

Pembangkang rugi lagi.

Aspek kesan kpd ekonomi negara.
Alasan utama yg disebut sebut untuk menjatuhkan Najib ialah supaya keyakinan pelabur kpd negara meningkat. Andaiannya ialah Najib turun, ketidaktelusan dihapuskan, aktiviti korup dn meragukan pimpinan kjaan dihapuskan, pentadbiran kerajaan lebih telus dan cekap, maka pelabur luar kembali melabur, nilai matawang kembali kukuh, ekonomi kembali baik.

Hujah dan alasan ini amat dangkal dan terlalu simplistik. Adakah pembangkang khasnya Dap dan sekutunya dalam Pakatan Harapan begiti naif sehingga menyangka integriti pentadbiran kjaan Umno/bn akan berubah secara drastik hanya dengan menurunkan Najib?

Bahkan perubahan besar besaran kabinet negara dgn menteri menteri dan timbalan timbalan menteri yang baru sudah tentu akan mengganggu perancangan sedia ada, sekaligus merencat pengurusan negara sehingga beberapa waktu.

Ataupun dek kerana terlalu gemar bermain politik dan bermain sentimen rakyat, sehingga mereka mengambil langkah ini tanpa berfikir panjang?

Kerosakan pentadbiran kerajaan bukan terletak pada batang tubuh Najib sahaja. Hampir keseluruhan pimpinan umno/bn telah mendarah daging budaya mengaut kepentingan peribadi, keluarga serta kroni mereka menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan.

Naiklah siapa pun ganti Najib sbg PM, selagi pemikiran dan hiudpnya berbudayakan umno/bn, integriti pentadbiran negara tidak akan berubah.

Kesimpulan

1. Dalam kedua dua senario, undi tak percaya gagal mahupun berjaya, pembangkang akan rugi.

2. Jika tujuan usul undi tak percaya untuk kembalikan integriti kerajaan seterusnya mengembalikan ekonomi negara, maka usul tersebut adalah dangkal, simplistik dan tidak berfikir panjang.

3. Hanya tinggal satu penjelasan kenapa pembangkang khasnya Dap dan sekutunya dalam PH meneruskan usul ini secara terdesak dan terges gesa iaitu "Main Politik". Main Politik atau politicking melampau untuk tarik simpati rakyat bagi kepentingan politik mereka, bukannya benar benar memikirkan kepentingan rakyat.

Dr Ahmad Abdullah
Ahli Ikatan Ilmuan Nasional

No comments

Powered by Blogger.