SIAPA YANG BUNUH NABI MUHAMMAD?




Dari zaman jahiliyyah manusia menyembah 3 TA. Itulah harta, takhta dan wanita. Hidup bertuhankan nafsu kepada dunia dan isinya menyebabkan manusia itu lalai daripada amanah agama.

Harta dan takhta itu kita masih boleh kawal dengan menundukkan nafsu kita kepadanya. Tapi nafsu seorang WANITA, satu isu yang boleh membunuh seorang lelaki. Wanita itu sendiri adalah satu fitnah paling besar seluruh umat manusia dari Nabi Adam hinggalah kepada kita hari ini.

Nafsu wanita sahaja ada sembilan. Hanya al-Quran sahaja yang mampu tundukkan seluruh manusia. Itupun kalau lelaki mampu mengajar dan mendidik mereka kepada Allah.Kalau gagal maka rosaklah seluruh generasi hanya kerana seorang wanita di dalam sebuah rumahtangga.

Kerana wanita, dunia boleh dicipta syurga
Kerana wanita, dunia boleh jadi neraka.

Nabi adam terkeluar dari syurga kerana isterinya termakan pujukan dan membisikkan kepada Adam untuk sama-sama melanggar larangan Allah.

Anak nabi Adam, Qabil menjadi pembunuh pertama kerana gagal persembahkan qurbannya untuk mendapat seorang wanita. Dari awal penciptaan manusia, wanita sudah menjadi punca dan fitnah dalam pertimbangan seorang lelaki. Boleh baca kisah mereka di dalam al-Quran dalam surah al-Maidah dari ayat 27-31.

PERISTIWA PEMBUNUHAN NABI

Seluruh kafir musyrikin Mekah telah berusaha keras dalam merancang dan mengatur siasah untuk membunuh karektor Muhammad dalam menyebarkan Islam. Segala harta, pangkat dan kuasa malah wanita dilaburkan oleh puak Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufian untuk memastikan mereka berjaya membunuh Nabi Muhammad.

Semua lelaki-lelaki gagah dipanggil, ada yang menjadi volunteer ada juga yang mahukan upah tetapi semuanya GAGAL!

Tetapi yang berjaya membunuh Rasulullah ialah seorang WANITA!

Peristiwa ini terakam di dalam sirah ketika tahun ke-7 Hijrah. Ketika Rasulullah sedang berehat selepas pembukaan Khaibar seorang wanita Yahudi yang dikenali sebagai Zainab bin al-Harith isteri Salam bin Misykam telah tampil ke hadapan Rasulullah, memberi hadiah kepada Nabi seekor kambing panggang.

Sebelum itu wanita ini telah bertanya bahagian mana yang digemari Nabi dan diberitahu kepadanya, pada bahagian peha. Wanita tadi memasukkan racun kedalamnya sebanyak yang mungkin, kemudian diracun kesemuanya. Setelah itu beliau membawa sajian itu kepada Rasulullah.

Baginda mengambil peha kambing bakar tadi dan menggigitnya, didapati dagingnya tidak baik lalu diluahkannya dan bersabda:

"Tulang kambing ini memberitahu Aku yang ianya telah diracuni"

Setelah itu dipanggil perempuan Yahudi tadi dan disoal, beliau pun membenarkan kata-kata Rasulullah itu, dan bila ditanyanya mengapa beliau berbuat demikian, jawab beliau:

"Kalaulah Muhammad ini raja akan selamatlah aku darinya dan kalau ianya seorang nabi maka beliau akan diberitahu".

Bersama Rasulullah ketika itu Bisyr bin al-Barra' bin Ma'rur, beliau telah mengambil sebahagian dari daging kambing itu. Dimakan kerana didapati menyelerakan akhirnya sahabat itu mati selepas itu.

Selama TIGA TAHUN nabi mengidap sakit akibat racun tersebut sebelum baginda wafat pada tahun ke 10 hijrah. Sesungguhnya musuh Islam tidak pernah diam dari mengatur perancangan untuk membunuh generasi pertama Islam sampailah kepada generasi kita hari ini.

KESIMPULAN

Umat Muhammad hari ini juga sedang menuju nasib yang sama. Kita semua sudah DIRACUN dengan pelbagai kesenangan dan nikmat dunia yang melalaikan kita daripada agenda agama.

Pelajaran besar untuk kita yang sudah diracun dengan pelbagai propaganda Yahudi semenjak 1400 tahun dahulu ke dalam sistem pendidikan, ekonomi, sosial dan segalanya demi memastikan akhlak dan agama Islam itu mati dalam jiwa umat Muhammad.

Habis anak dan isteri kita terabai kerana nafsu yang didorong oleh kesibukan mengejar dunia masing-masing. Anak-anak dari usia sekecil bayi sudah diracun dengan gajet dan permainan yang melekakan mereka.

Atas alasan pendidikan dan untuk memandaikan mereka, kita diracun dengan propaganda Yahudi dan Nasrani untuk membunuh akal anak-anak sendiri. Dari teknologi itulah mereka kenal youtube, fb, online dan pornografi.

Ya betul, kecerdikan itulah yang membunuh kita kalau ibubapanya ambil MUDAH. Percayakan anak sampai gajet itu yang jadi tuhan dan sembahan mereka!

Televisyen, drama dan cerita cinta yang merapu dan melampau angan-angannya meracun perempuan untuk hidup dalam dunia yang tak wujud. Baca novel saja dah buatkan perempuan jadi gila imaginasinya. Belum lagi melayan cerita tv pukul 7 malam.

Habis semua mengidam lelaki romantik, yang rosaknya badan sendiri! Belum kahwin habis berhutang piutang, kerana nafsu serakah lelaki jadi mangsa.

Dah kalau susah nak menikah, habis jiwa dan badan pula sanggup diserah.

Berhati-hatilah wahai wanita, para isteri dan ibu. Disebalik kebaikan dan kelembutan, sejarah dan sirah membuktikan wanita mampu membunuh seorang Nabi!

Keluarga Nabi Nuh, hanya kerana keingkaran isterinya sendiri telah bawa anak-anaknya diseret ke neraka.

Keluarga Nabi Lut, hanya kerana nafsu wanita, isi keluarga dibenamkan ke dalam bumi.

Carilah wanita yang tunduk seperti Siti Hajar. Patuh dan akur walaupun ditinggal suami di tengah tanah tandus. Menggalang amanah mendidik anak menjadi rasul.

Jadilah seperti Siti Khadijah. Merendah diri walaupun berharta, bertakhta dan dia seorang WANITA. Tunduk dan patuh kepada Nabi Muhammad walaupun muda darinya.

Menjadi pendamping kepada suami, ketika susah dan senang. Menggalang misi agama untuk pastikan Islam tertegak tanpa menyesal korbankan harta dan diri untuk Allah dan Rasul.

Wahai para isteri, para wanita yang mahukan syurga. Siapakah kalian disebalik uswah kisah orang terdahulu?

SHAUQI
Bukan suami romantik.

No comments

Powered by Blogger.