PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE 15




PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE 15

1. Ramai yang bertanya tentang proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang baru. Adakah disyaratkan untuk mempunyai Permaisuri? Setakat pemakluman, tiada dalam perlembagaan menetapkan syarat adanya permaisuri.

2. Antara syarat yang ditetapkan adalah merupakan raja yang berada di kedudukan teratas. Selain itu, baginda yang dilantik mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

3. Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

4. Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

5. Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran.

6. Buat masa sekarang, Sultan Muhammad V berada di kedudukan teratas iaitu menjawat jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Semoga impian rakyat Kelantan dapat direalisasikan untuk melihat Sultan Muhammad V menaungi seluruh rakyat Malaysia.

7. Hari ini, mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Kali ke-242 berlangsung yang dipengerusikan oleh Sultan Johor. Manakala mesyuarat khas pemilihan Yang di-Pertuan Agong baru pula diadakan pada hari jumaat ini.

Baca maklumat di pautan ini perkara yang tidak melayakkan menjadi Yang di-Pertuan Agong
www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/objektif/45#section=p3

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1335842363115395&id=100000689330938

No comments

Powered by Blogger.